Model ekonomi pusingan mampu minimumkan impak kerosakan alam sekitar
Agensi
Februari 12, 2021 21:30 MYT
Februari 12, 2021 21:30 MYT
PERALIHAN ke model ekonomi yang dipanggil ekonomi pusingan atau circular economy mampu mengurangkan impak kerosakan alam sekitar dengan mengutamakan kepelbagaian sumber alam semula jadi dan membantu memberikannya daya saing.
Model ekonomi ini membolehkan perancangan dibuat terhadap pengurusan bahan buangan, dengan sumber yang dimiliki disimpan selama mungkin, ekstrak nilai maksimum semasa masih dalam penggunaan, sebelum dipulihkan dan dijadikan bahan lain selepas tamat tempoh penggunaan.
Untuk itu, program The Circulars Accelerator menghubungkan organisasi global terkemuka yang mengutamakan inovasi ekonomi pusingan, dengan peniaga yang berusaha mencari jalan penyelesaian yang bersifat mesra alam sekitar.
Misi program ini ialah mempercepat peralihan ke arah ekonomi pusingan di peringkat global, mewujudkan nilai dan impak bagi pengguna inovasi peringkat awal sehingga matang, serta mencari rakan kongsi di samping memperkuat ekosistem melalui perkongsian yang berfokus pada tindakan.
Kluster Produk dan Pengeluaran Inovatif membolehkan pengguna inovasi berusaha merancang dan menghasilkan produk perintis, penyelesaian dalam pembungkusan dan pembuatan, memanfaatkan pendekatan reka bentuk baru dan inovasi bahan dan material.
Di peringkat Transformasi Penggunaan, pengguna inovasi berusaha untuk menghasilkan konsep model ekonomi pusingan, termasuk produk perkhidmatan, peluasan penggunaan produk (penambahbaikan, pasaran sekunder), dan platform perkongsian.
Peringkat Pemulihan Nilai pula mengutamakan penyelesaian dan berjaya mencipta kaedah baharu untuk membolehkan penggunaan semula produk dan pemulihan nilai dari bahan buangan atau produk di penggunaan.
Tiga inovasi ini membantu merealisasikan ekonomi pusingan:
EON
Memperkenalkan Circular ID, sistem yang menghasilkan profil yang dikenali sebagai Digital Twin, replika maya untuk produk fizikal, yang membolehkan proses kenal pasti bahan dan komponen produk.
Ia bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan mentah dan sumber semula jadi untuk menghasilkan produk baharu, sebaliknya mendorong kitar semula dan penggunaan semula bahan.
Hello Tractor
Sebuah perisian yang membantu usahawan peralatan pertanian, bank, pemilik dan petani untuk saling berhubung berkenaan keperluan dan servis yang ditawarkan masing-masing.
Ia fokus kepada mengurangkan tenaga kerja dan tugasan berat berkaitan pertanian, menjadikannya lebih menarik dan lebih menguntungkan untuk generasi seterusnya.
Wasteless
Syarikat ini hadir dengan teknologi yang membolehkan pasar raya menjual lebih banyak dan mengurangkan pembaziran. Ia menggunakan harga dinamik yang membolehkan pengguna memilih nilai yang mereka mahu bayar untuk satu-satu produk berdasarkan tarikh luputnya.