Model Bangladesh pertama di runway LFW jadi mangsa 'makcik bawang'
Astro Awani
Oktober 27, 2018 04:56 MYT
Oktober 27, 2018 04:56 MYT
NAMA Ramzan Miah kini meniti di bibir masyarakat antarabangsa selepas berjaya muncul di pentas peragaan London Fashion Week (LFW), bulan lalu.
Ia merupakan sejarah tersendiri bagi Ramzan kerana dia menjadi model pertama dari Bangladesh yang berjaya berbuat demikian.
Namun, yang kurang sedapnya ialah, akaun Instagram milik Ramzan tiba-tiba menjadi perhatian sebilangan kecil rakyat Malaysia, yang membawa sentimen yang negatif apabila meninggalkan komen-komen bernada rasis.
Pun begitu masih ada sebilangan lagi yang rasional dan berharap Ramzan, yang juga seorang pelakon, tidak mempedulikan komen-komen tersebut.
Mungkin ramai juga yang tidak tahu, Ramzan yang berasal dari Bedfordshire, England, baru beberapa bulan menyertai agensi peragaan biarpun sudah mula memperaga sejak usia 17 tahun.
Kelibat Ramzan, 25 tahun, juga akan dapat ditonton dalam filem live-action Disney, Aladdin, yang akan ditayangkan tahun hadapan.
"Penyertaan dalam LFW merupakan satu kejayaan besar bagi saya. Ia satu pentas untuk menonjolkan kepelbagaian dan saya berbangga mewakili etnik British-Bangladesh," kata Ramzan seperti dipetik portal Luton Today.
#Bangladesh
#Disney
#England
#filem
#Instagram
#komen negatif
#LFW
#London
#London Fashion Week
#Malaysia
#model
#netizen
#Ramzan Miah
#rasis