Model 47 tahun digelar nenek paling cantik di dunia

Gempak
April 4, 2017 12:00 MYT
Menerusi IG milik Zaklina, ramai peminat telah memuji model itu setiap kali dia berkongsi gambar dan ada di antara mereka yang meminta tips untuk kelihatan muda sepertinya. - Gambar Instagram
SEORANG wanita berusia 47 tahun mencuri perhatian ramai terutamana netizen kerana memiliki kecantikan dan bentuk badan yang cantik.
Zaklina, yang juga seorang fesyen blogger mempunyai seramai 259 ribu pengikut di Instagram (IG) dilihat sering berkongsi gambar meragakan pelbagai jenis rekaan baju yang cantik.
Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa wanita yang berasal dari Serbia ini telah memiliki dua orang cucu!
Menerusi perkongsian di IG peribadinya, Zaklina dikatakan suka mengembara dan melancong ke pelbagai negara.
Menerusi IG milik Zaklina, ramai peminat telah memuji model itu setiap kali dia berkongsi gambar dan ada di antara mereka yang meminta tips untuk kelihatan muda sepertinya..
Selain suka menghias dirinya, wanita tinggi lampai ini turut gemar menggayakan cucunya setiap kali mereka keluar bersiar-siar dan perkara itu turut menarik perhatian netizen.
Berikut kami kongsikan gambar-gambar model berusia 47 tahun ini:
#diet #Instagram #model #wanita