Misteri planet Marikh bakal terungkai?

Sathesh Raj
September 28, 2015 22:36 MYT
Pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di saluran NASA Television dan juga di laman web rasminya. Satu sesi soal jawab juga bakal diadakan ketika sidang media itu berlangsung. - Foto EPA
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) bakal mendedahkan misteri Planet Marikh yang ditunggu-tunggu orang ramai, di ibu pejabatnya di Washington hari ini.
NASA melalui laman web rasminya menyatakan, satu sidang media akan diadakan pada jam 11.30 pagi waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia) bagi mengumumkan penemuan terkini penerokaan NASA di planet Merah itu.
Pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di saluran NASA Television dan juga di laman web agensi itu. Satu sesi soal jawab juga bakal diadakan ketika sidang media itu berlangsung.
Pada Sabtu, agensi tersebut mengalu-alukan orang ramai dari seluruh dunia untuk menyertai sesi soal jawab itu dengan menggunakan Twitter melalui kata kunci #AskNASA.

Mars mystery solved? Find out Monday at 11:30am ET at a live briefing on NASA TV: http://t.co/YYpCP6fv3Y Q? #askNASA pic.twitter.com/Bm35D6DZho

— NASA (@NASA) September 25, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sidang media yang bakal diadakan di The James Webb Auditorium Located, NASA Complex, itu akan menampilkan seorang pelajar sarjana kedoktoran dari Georgia Institute Of Technology Atlanta, Lujendra Ojha, yang menemui kebarangkalian kewujudan air di planet itu sebelum ini.
##asknasa #air #Misteri #NASA #nasa television
;