Miss Grand Malaysia antara 'favourite' di media sosial

Syafik Shukri Jalil
Oktober 5, 2018 10:49 MYT
Sokongan rakyat Malaysia diperlukan bagi membolehkan Debra beraksi cemerlang dan membawa pulang mahkota Miss Grand International 2018. Instagram @debrajeanne.poh
KEJELITAAN wajah dan perwatakan menarik mungkin menjadi faktor mengapa Debra Jeanne Poh tersenarai antara peserta Top 20 Miss Grand International 2018 di media sosial.
Debra setakat ini disenarai antara 20 peserta yang berpotensi memenangi mahkota Miss Grand International 2018 oleh beberapa pencinta pertandingan ratu cantik seluruh dunia.
Beberapa akaun di Instagram membuat ramalan dan prediksi mereka turut meletakkan beberapa peserta negara lain sebagai favourite antaranya India, Indonesia, Venezuala dan Thailand.
Penganjuran Miss Grand International kali keenam ini bakal menyaksikan 80 peserta dari seluruh dunia berentap bagi merebut mahkota kejuaraan yang tahun lalu dimenangi Maria Jose Lora dari Lima, Peru.
Kesemua mereka akan ‘berkampung’ di Myanmar bermula 5 hingga 25 Oktober ini di tiga bandar utama iaitu Yangon, Bagan dan Kawthaung.
Antara lain, kesemua mereka akan menjalani hari-hari yang padat dengan latihan demi latihan dan pelbagai aktiviti lain yang mengisi jadual pertandingan kali ini.
Seperti biasa, sesi penilaian awal iaitu Preliminary Competition akan diadakan pada 23 Oktober depan bagi membolehkan panel juri memilih beberapa peserta terbaik sebelum berentap di pentas akhir pada 25 Oktober.
Debra Jeanna Poh akan berlepas ke Myanmar hari ini (Jumaat) dan pastinya sokongan rakyat Malaysia diperlukan bagi membolehkan Debra beraksi cemerlang dan membawa pulang mahkota Miss Grand International 2018.
Kami di Astro AWANI sempat menemubual jelitawan kelahiran Sabah ini menerusi program Rupawan Awani. Saksikannya menerusi pautan yang disediakan di bawah:
#Debra Jeanne Poh #Miss Grand International #Miss Grand Malaysia #Myanmar #Rupawan #rupawan awani
;