Mikroplastik ditemui dalam tisu zakar, mungkin penyebab mati pucuk
Amanz
Jun 26, 2024 15:00 MYT
Jun 26, 2024 15:00 MYT
MIKROPLASTIK ditemukan pada tisu zakar manusia yang penyelidik kini percaya ia mungkin menyebabkan masalah mati pucuk.
Dalam kajian yang dilakukan oleh University of Miami, mikropalstik ditemukan dalam empat daripada lima sampel tisu zakar pesakit mati pucuk.
Tujuh jenis mikroplastik yang ditemukan adalah dari jenis seperti PET yang digunakan dalam bekas makanan dan minuman.
Kesan sebenar kewujudan mikroplastik dalam tubuh manusia masih belum diketahui kerana kajian menyeluruh masih belum dilakukan.
Pada haiwan seperti tikus ia menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan pengurangan jumlah sperma.
Walaupun mikroplastik ditemukan dalam zakar lelaki yang mengalami mati pucuk, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan dengan sampel saiz yang lebih besar.
Selain melihat impak mikroplastik, kajian bagaimana ia memasuki tubuh dan kemudian sampai dalam sel zakar masih belum diketahui.
Setakat ini mikroplastik telah ditemukan dalam paru-paru, darah, dan testis manusia serta anjing.
Terdapat banyak kempen mengharamkan penggunaan bungkusan dan straw plastik bagi menyelamatkan penyu dan mungkin ia perlu diperluaskan kepada aspek kesihatan manusia. - Amanz