Mi Pho Bo Vietnam disenarai di tempat kedua senarai sup terbaik dunia

Agensi
Mac 13, 2021 12:15 MYT
Saluran berita CNN telah menamakan Mi Pho Bo di kedudukan kedua dalam senarai 20 sup terbaik di dunia. - Foto Bernama
SALURAN berita CNN telah meletakkan Mi Pho Bo, yang merupakan hidangan sup mi daging lembu dari Vietnam di kedudukan kedua dalam senarai 20 sup terbaik di dunia.
Daging lembu dalam sup direbus selama beberapa jam dengan kayu manis, bunga lawang dan campuran rempah lain, menghasilkan aroma yang luar biasa, lapor CNN.
Sup itu dianggap hidangan nasional dan boleh dijumpai di mana sahaja di Vietnam biarpun ia berasal dari bahagian utara negara itu.
Kehebatan Pho bo sering menerima pujian dan ulasan yang baik daripada majalah pelancongan global dan menjadi sebutan di bibir pelancong yang melawat Vietnam.
Turut mendapat tempat dalam senarai berkenaan adalah Bouillabaisse Perancis, gazpacho Sepanyol, sup daging lembu Lanzhou dan Thai Tom yum goong.

* Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
#Mi Pho Bo #Vietnam #pelancong #masakan #makanan #CNN #sup #santai hujung minggu #weekender
;