Meta AI kini mempunyai hampir 500 juta pengguna aktif setiap bulan

Amanz
September 26, 2024 12:10 MYT
Meta AI kini digunakan oleh hampir 500 juta pengguna setiap bulan, menjadikannya salah satu pembantu maya yang paling kerap digunakan di dunia. -Amanz
META AI, sokongan kecerdasan buatan janaan oleh Meta masih tidak ditawarkan secara meluas lagi, dan terhad di beberapa buah negara sahaja. Namun, angka penggunaannya dilihat semakin tinggi dari hari ke hari.

Ringkasan AI
  • Meta AI kini digunakan oleh hampir 500 juta pengguna setiap bulan, menjadikannya salah satu pembantu maya yang paling kerap digunakan di dunia.
  • Mark Zuckerberg menyasarkan Meta AI menjadi pembantu maya yang paling tinggi digunakan di dunia menjelang penghujung 2024.
  • Meta AI diintegrasikan pada Facebook, Instagram, dan WhatsApp, tetapi masih belum dilancarkan di beberapa negara besar termasuk Malaysia. Ia dikuasakan oleh model bahasa raya Meta, Llama.

Terbaharu, Mark Zuckerberg berkongsi menyatakan Meta AI kini digunakan hampir 500 juta pengguna setiap bulan, menjadikan ia sebagai antara pembantu maya yang paling kerap digunakan di dunia.
Mark Zuckerberg juga menyasarkan untuk Meta AI menjadi pembantu maya yang paling tinggi digunakan di dunia menjelang penghujung 2024 ini.
Mark Zuckerberg turut mengatakan Meta AI masih belum dilancarkan di beberapa negara besar lagi, sekali gus memperlihatkan potensi ia melangkaui angka lebih tinggi dalam beberapa bulan akan datang.
Buat masa ini, Meta AI turut belum diperkenalkan di Malaysia lagi.
Meta AI diintegrasikan terus pada Facebook, Instagram dan juga WhatsApp, membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai perkara, selain menjana gambar menggunakannya.
Ia turut dikuasakan oleh model bahasa raya Meta tersendiri, iaitu Llama. -Amanz
#Meta AI #LLaMA #kecerdasan buatan #Mark Zuckerberg
;