'Messi Mesir' ceriakan anak-anak yatim peminat bola sepak
Agensi
Mac 29, 2021 15:16 MYT
Mac 29, 2021 15:16 MYT
ZAGAZIG: Mereka mungkin tahu sosok tubuh yang berdiri di depan mata mereka bukanlah Lionel Messi yang sebenar, namun wajah seorang pemuda tempatan, Islam Mohammed Ibrahim Battah, yang mirip pemain bola sepak Barcelona itu sudah cukup membawa keriangan.
Itulah yang dirasai oleh kumpulan anak yatim di bandar Zagazig, Mesir, dan kerana itulah Battah tidak kekok untuk melayani kerenah mereka semua.
Melihat senyuman dan keterujaan setiap kali membuat penampilan umum di acara tertentu, membuatkan Battah, seorang tukang cat berusia 27 tahun, rela dirinya dianggap sebagai bintang bola seak Argentina itu,
Menyimpan jambang dan menyarungkan jersi Barcelona, Battah sering saja bersama anak-anak yatim itu bermain bola sepak.
"Apabila saya mula menyimpan jambang dan janggut, teman-teman saya berkata saya kelihatan seperti Messi. Semakin janggut saya menebal, persamaan itu semakin jelas.
"Kebahagiaan kanak-kanak itu yang melihat saya seperti jelmaan Messi, sukar untuk digambarkan. Jika anda membuat orang lain bahagia, Tuhan akan memberi ganjaran kepada anda. Saya mahu berkongsi kebahagiaan ini dengan mereka," kata Battah.
Salah seorang kanak-kanak yang bermain bola sepak dengan Battah ialah Ammar Ashry.
"Saya sangat gembira, seolah-olah Messi datang bermain dengan kami.
"Selepas ini, saya teringin mahu berjumpa Mohamed Salah," ujarnya, merujuk kepada pemain Liverpool berasal dari Mesir itu.