Mercedes C200 Avantgarde, C300 AMG Line: Minimalis dan kemewahan bersatu!
Astro Awani
Mac 6, 2022 14:32 MYT
Mac 6, 2022 14:32 MYT
MUH-SAY-DEEZ atau Muh-sir-deez?
Tidak kira apa cara sebutannya, anda tidak dapat menafikan bahawa C-Class merupakan siri model Mercedes-Benz paling laris sejak 10 tahun lalu.
Baru-baru ini, dilancarkan sedan bersaiz sederhana premium yang pastinya dapat memenuhi segala keperluan automotif anda apabila kini dilengkapi reka bentuk luaran yang sporty dan dalaman futuristik.
C-Class atau yang turut digelar “The Baby S-Class” dilengkapi ciri-ciri canggih seperti navigasi dengan sistem realiti terimbuh (AR), log masuk biometrik, kepintaran antaramuka pengguna termasuk NTG7 MBUX generasi terkini yang menghubungkan semua fungsi kenderaan secara bijak.
Mercedez-Benz C-Class baharu tersedia sebagai model diimport sepenuhnya (CBU) dalam dua varian, iaitu C200 Avantgarde dan C300 AMG Line yang masing-masing dijual pada harga RM288,334 dan RM330,681.
Reka bentuk sporty dan elegan
C-Class memiliki reka bentuk moden dan dipertingkatkan dengan elemen sporty apabila memiliki jarak roda yang panjang, bonet berkuasa dan cermin depan serta tempat duduk penumpang yang luas.
C-Class terus melangkah ke hadapan memberikan sentuhan moden apabila rekaan dalamannya mengadaptasi kehebatan yang terdapat dalam model S-Class baharu, yang sekali gus menambahkan lagi sentuhan sporty dan elegan.
Reka bentuk luaran miliki 'pesona' kesan cahaya menarik
Dari sisi, permukaannya dibentuk dengan teliti yang untuk mencetua kesan cahaya unik. Meskipun garis reka diminimumkan, pesona penampilannya kekal menyerlah.
C200 Avantgarde, memiliki reka bentuk gril radiator dengan lambang Mercedes di tengah dengan butiran jalur aluminium elegan dan krom kilat serta bahagian belakang yang unik termasuk roda 5 jejari 18 inci.
C300 AMG Line pula, corak gril dan lambang Mercedes-Benz adalah daripada krom. Memiliki badan yang sporty bersama-sama roda berbilang jejari AMG 19 inci selain bumbung kava panoramik, lampu hadapan LED Berprestasi Tinggi dan Adaptive High Beam Assist.
Reka bentuk belakang badan adalah tipikal bagi sedan Mercedes-Benz. Reka bentuk lampu belakang berkualiti tinggi menawarkan ciri jelas untuk penampilan siang atau malam. Buat kali pertama, ia hadir dalam dua rekaan terpisah, yang mengasingkan fungsi lampu panel sisi dan pada penutup but.
Reka bentuk dalaman direka demi keselesaan pemanduan
Perincian yang menarik perhatian anda adalah dua bahagian papan pemuka (dashboard), dengan bucu keluk yang rapi. Paparan skrin menegak 12.3 inci di tengah, disendeng enam darjah ke arah pandangan pemandu dan seterusnya bersambung dengan konsol tengah secara kemas dan mewah.
Terdapat paparan infotainment menegak yang dikuasakan oleh MBUX yang menawarkan Apple CarPlay berwayar, Android Auto, MBUX Navigation Premium dan radio 4G LTE untuk perkhidmatan Mercedes me connect (Mmc).
Panel instrumen dihadirkan dengan paparan landskap dengan tiga gaya paparan, iaitu Discrete, Sporty dan Classic.
Ia juga dipacu dengan digitalisasi kini apabila anda boleh menggunakan skrin sentuh serta mempunyai pengimbas cap jari yang memastikan segala maklumat anda selamat. Pengimbas cap jari tersebut terletak secara ergonomik di bawah paparan infotainment.
Selain itu, bagi memastikan keselesaan reka bentuk tempat duduk, ia menggunakan lapisan material dan permukaan yang menawarkan rasa nyaman, termasuk memberi penekanan pada bahagian sandaran kepala. Penampilannya nampak berkesinambungan dengan papan pemuka yang diberi kemasan kulit dan menampilkan garis perapian ciri Nappa.
Generasi baharu MBUX dikendalikan secara intuitif
Sama seperti S-Class, C-Class dilengkapi generasi kedua MBUX, menjadikan pengalaman dalaman kenderaan lebih digital dan pintar berikutan disokong perkakasan dan perisian yang mesra pengg
Paparan skrin boleh disesuaikan dengan tiga gaya paparan, iaitu Discrete, Sporty dan Classic dan turut menampilkan tiga mod, iaitu Navigation, Assistance dan Service).
Dalam gaya Classic, pemandu akan mendapat paparan yang biasa, Sporty pula didominasi dengan warna merah dan rekaan dinamik, manakala Discrete memperlihatkan kandungan yang penting sahaja.
Mod terbaharu Assistance menunjukkan anda situasi trafik pada masa nyata berserta maklumat-maklumat penting.
Dalam pada itu, ia turut hadir dengan pembantu suara “Hey Mercedes” yang mempunyai keupayaan pembelajaran dengan mengaktifkan perkhidmatan dalam talian aplikasi Mercedes me.
Ia juga membolehkan anda menerima panggilan telefon termasuk menerangkan fungsi kenderaan.
Mercedes-Benz turut menyepadukan sepenuhnya perkhidmatan penstriman muzik ke dalam sistem MBUX seperti Spotify dan Apple Music selain memberitahu sebarang kemas kini baharu yang tersedia.
Ia semakin hebat apabila dilengkapi sistem AR yang memiliki kamera untuk merekodkan persekitaran di hadapan kenderaan dan dipaparkan pada paparan infotaimen termasuk anak panah arah, pengesyoran penukaran yang membantu navigasi anda jadi lebih mudah.
Memiliki elektrifikasi yang sistematik untuk jentera empat silinder
C-Class menjadi penanda aras dan meletakkan piawaian baharu dalam kecekapan. Ia mempunyai julat enjin unit empat silinder daripada modular Family of Modular Engines (FAME) semasa yang memainkan peranan utama terhadap fleksibiliti.
Ia juga dibangunkan dengan enjin integrated starter-generator (ISG) untuk bantuan pintar pada kelajuan enjin rendah sebagai hybrid ringan generasi kedua.
ISG menggunakan sistem elektrik 48 volt on-board untuk memastikan fungsi seperti meluncur, boosting atau pemulihan tenaga yang membolehkan penjimatan bahan api ketara. Enjin juga dapat dihidupkan dengan pantas dan selesa bagi memastikan pemanduan lancar.
Enjin petrol empat silinder dengan ISG generasi kedua
C-Class turut dilengkapi enjin petrol empat silinder dengan starter-generator generasi kedua dengan output tambahan sehingga 15 kW dan 200 Nm lebih tork.
Selain itu, pengecas turbo merupakan segmen yang baharu dibangunkan hasil kerjasama antara pembangun pengecas turbo Mercedes-Benz dan pasukan Formula 1 Mercedes-AMG Petronas.
Pemindahan teknologi tersebut menghasilkan dan menetapkan piawaian baharu memperlihatkan penggabungan kuasa dengan kecekapan maksimum. Untuk tempoh yang singkat, output C300 juga boleh meningkat sehingga 20 kW overboost.
Selain itu, transmisi 9G-TRONIC dibangunkan untuk menyesuaikan ISG, dan dipasang dalam semua model C-Class. Ia membuatkan kecekapan transmisi meningkat, mengurangkan kadar penghantaran pam mekanikal sebanyak 30 peratus berbanding sebelumnya yang baik untuk kecekapan.
Tambahan, ia menggunakan generasi baharu kawalan transmisi bersepadu sepenuhnya dengan pemproses berbilang teras dan teknologi reka bentuk serta sambungan baharu.
Sebagai tambahan kepada peningkatan kuasa pengkomputeran, bilangan antara muka elektrik telah dikurangkan secara drastik, dan berat kawalan transmisi telah berkurang sebanyak 30 peratus berbanding dengan sebelumnya.
Info
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawati Virtual Showroom bermula hari ini untuk mendapatkan Mercedes-Benz idaman melalui pengedar yang sah.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.