'Merarau', 'gabi', istilah baharu bahasa Melayu?

Madiha Abdullah
April 27, 2016 18:19 MYT
Belum dapat dipastikan jika penamaan semula ini sudah dimuktamadkan, atau ia benar-benar dari DPB. Foto/Twitter
"JOM pergi merarau!"
Apa yang muncul dalam fikiran anda apabila rakan anda berkata begitu kepada anda?
Pastinya pelik dan tidak faham, bukan?
'Merarau' dikatakan istilah baharu yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menggantikan istilah makan tengah hari yang diguna pakai sebelum ini.
Foto yang mengandungi istilah-istilah baharu itu rancak dimuat naik dan dikongsi ke laman sosial, sekaligus mengundang pelbagai komen dan reaksi lucu daripada netizen.

Penamaan baru from DBP. (Source: FB Azrul Ahmad) pic.twitter.com/GLZ3KGmjGs

— Haaziq Zahar (@haaziq_mz) April 27, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Balik nanti hang nak merarau dak kat DM? Merarau apa pulak kau merepek ni? Lunch lah lembab! New words from DBP pic.twitter.com/eCSihe8EEZ

— SBP Gags (@SBPGags) April 27, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Oh, DBP. "Mari kita pergi bergabi?" pic.twitter.com/W5KsbRTfAz

— Erna Mahyuni (@ernamh) April 27, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada yang melihat penamaan semula adalah sesuatu yang baik kerana ia membantu memperbanyakkan dan meluaskan tatabahasa.

DBP tu badan yg bagi panduan penggunaan BM yg betul. xda DBP, ke laut satgi BM formal org Malaysia. https://t.co/myWPEYAvwB

— AKMAL (@AkmaLIdrus) April 27, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#TIL merarau itu bahasa Iban. "DBP cuba mengkayakan bahasa dengan menggunakan perkataan-perkataan kumpulan etnik orang asal yang lain"

— shuji (@shujiokishima) April 27, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

DBP tutup jahanam bahasa Melayu. Nak harapkan kau jaga BM? Harapannn

— Pikiyi (@fikri_ismail93) April 27, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tetapi ramai juga yang merasakan penamaan semula itu bukan satu keperluan.
Sebaliknya, DBP dicadangkan agar menumpukan kepada penterjemahan istilah asal bahasa Inggeris, antara istilah atas talian seperti retweet dan like.
Selain makan tengah hari, antara istilah lain yang dikatakan dinamakan semula adalah minum petang (cicipan) dan minum malam (gabi).
Pihak DBP belum dapat dihubungi untuk pengesahan.
#DBP #Dewan Bahasa dan Pustaka #istilah
;