Mengembara bersendirian? Ini tip untuk anda!
Astro Awani
September 8, 2019 10:00 MYT
September 8, 2019 10:00 MYT
DEWASA ini, solo traveler atau pengembara solo bukan perkara asing.
Tetapi jika anda baru kali pertama mahu melakukannya, mungkin anda akan berasa bimbang.
Jangan khuatir, ini beberapa tip untuk anda. Selamat bercuti!
TIP UNTUK MENGEMBARA SOLO
Memilih destinasi yang sesuai merupakan satu cabaran. Jangan risau jika anda rasa agak bimbang untuk pergi bersendirian, terutamanya jika kali pertama anda berbuat demikian.
Apabila sudah memilih destinasi, lakukan sedikit kajian. Setiap bandar mempunyai kawasan kejiranan yang perlu dielakkan, terutamanya pada waktu malam. Elakkan berada di kawasan yang mempunyai kadar jenayah tinggi.
Pastikan anda menyimpan alamat tempat penginapan pada setiap masa. Simpan juga nombor balai polis terdekat dan hospital.
Pastikan anda menyimpan dengan baik barangan berharga seperti passport dan kad kredit.
Travel secara solo tentunya akan mempertemukan anda dengan ramai rakan baharu.
Berhati-hati dengan persekitaran anda, dan pastikan anda tahu ke mana anda pergi bersama kawan yang baharu dikenali.
Lebih baik kalau maklumkan kepada sesiapa terlebih dahulu.
Gunakan masa ini untuk belajar perkara baharu. Banyak pengetahuan baru yang anda boleh pelajari, di samping mengaut pengalaman berharga. Jangan terlalu bimbang, relax dan nikmati percutian anda!
Mahu idea mengembara ke banyak tempat-tempat menarik? Lawati www.etravelfair.com.my untuk maklumat lanjut.