DALAM filem The Matrix, watak Morpheus lakonan Laurence Fishburne mendedahkan kepada Neo bahawa dunia yang dianggap nyata sebenarnya rekaan komputer semata-mata.
Ketika bertemu buat kali pertama, Morpheus memberi Neo dua pilihan - telan pil biru untuk terus hidup dalam khayalan; atau telan pil merah dan keluar dari ‘The Matrix’ dan kenali dunia nyata.
Lebih 17 tahun selepas filem tersebut ditayangkan, garis pemisah dunia maya dan nyata semakin kabur.
Para pengguna telefon pintar yang sudah sedia taksub dengan media sosial kini disajikan dengan satu lagi ketagihan.
Pokemon Go
Fenomena terbaharu yang melanda dunia: Pokemon Go, permainan mudah alih augmented reality yang dibangunkan oleh Niantic.
Bersandarkan permainan video terbitan Nintendo lewat 1990-an, Pokemon Go membenarkan pemain mengumpul koleksi ‘makhluk Pokemon’ seperti yang dilakukan oleh watak utama permainan tersebut, Ash Ketchum.
Bezanya, perkembangan teknologi membenarkan pemain memburu makhluk menerusi teknologi GPS dan jam telefon pintar yang mengesan lokasi dan waktu pemain.
Tidak kira di mana anda berada, apabila aplikasi Pokemon Go diakses, anda dapat melihat makhluk seperti Bulbasaur, Pikachu, atau Jigglypuff muncul pada skrin seolah-olah sedang bertenggek di bahu jalan, berehat di dahan pokok, atau tersenyum ke arah anda dari sebuah jendela.
Semua ini menjadikan pemain Pokemon Go terkeliru antara dunia nyata dengan paparan skrin mereka.
Tidak hairanlah sehingga ada yang terlibat dengan kemalangan jalan raya demi memburu makhluk sasaran. Ada juga perompak yang mengambil kesempatan menggunakan lokasi pemain yang di tempat sunyi untuk diserang hendap.
Malah ada yang menangkap Pokemon ketika isteri bersalin.
Mimpi dan teknologi
Kegilaan ini bukanlah sesuatu yang aneh.
Perkembangan teknologi dan media sosial sememangnya berakar umbi dari mimpi dan kenangan zaman dahulu.
Generasi 90-an yang mengimpikan makhluk kecil bertebaran seperti dalam permainan video Pokemon kini sedang menikmati mimpi jadi nyata.
Kita hanya mampu berangan-angan untuk terus berhubung dengan teman sedarjah dan rakan sekuliah dengan mencatatkan ucapan dan melekatkan foto pada buku autograf atau majalah sekolah.
Kini setiap hari kita menekuni Facebook untuk melawat mereka yang kini sudah beranak-pinak.
Mengganti realiti
Tidak terlalu sukar untuk membongkar rahsia di sebalik kedegilan kita melepaskan telefon pintar dari genggaman.
Realiti kita sudah diganti.
Seperti mana lekanya para pemain Pokemon Go yang penuh komited menganggap setiap makhluk yang muncul di aplikasi sebagai koleksi sebenar yang perlu dijerat, begitu juga kita yang percaya media sosial itu dunia sebenar.
Segala gambar penting dalam kehidupan, tidak kira sama ada akad nikah atau bayi yang masih merah, Facebook atau Instagram akan jadi sasaran pertama untuk berkongsi berita gembira.
Kita diserang sayu saat rakan mula ‘unfollow’ akaun Twitter atau bilangan ‘like’ pada Instagram mula susut.
Kerana kita sudah memindahkan dunia kita ke alam maya dan para pemodal mahu kita terus menganut kepercayaan yang sama.
Sebab itu nilai syarikat Nintendo meningkat lebih RM30 billion dua hari selepas Pokemon Go dilancarkan.
Sekali-sekala, molek juga kita menelan pil merah seperti Neo. Dongak dan urut leher. Tinggalkan telefon pintar seketika dan lihat semula ke angkasa.
Sementara langit kita masih biru.
Nizam Bakeri
Wed Jul 13 2016
Pokemon Go kini dilancarkan di Amerika Syarikat dan Australia serta dikatakan bakal memintas Twitter dari segi populariti pengunaan setiap hari - Foto AFP
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Foto menteri Indonesia tertidur keletihan di lapangan terbang AS tular
Menteri Maritim dan Perikanan Indonesia Susi Pudjiastuti berada di AS untuk menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Anak murung dek kerja rumah, ibu beri kata dua kepada guru
Seorang ibu di Kanada tidak mahu anak perempuan beliau yang berusia 10 tahun mengalami kemurungan kerana tugasan kerja rumah.
Lelaki 'kahwini' robot setelah gagal cari calon isteri
Zheng Jiajia merupakan seorang pencipta robot dan pakar kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) di Hangzhou.
Justin Trudeau 'cabar' bekas pelakon 'Friends' untuk bergasak
Matthew Perry sebelum ini pernah mendedahkan bahawa beliau pernah pukul Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau ketika berada di sekolah rendah yang sama.
Gara-gara pakai 'leggings', remaja dihalang menaiki pesawat United Airlines
Seorang jurucakap United Airlines berkata penumpang berkenaan menggunakan tiket khas yang diberikan kepada ahli keluarga dan mereka harus mematuhi beberapa terma, termasuk kod pakaian.
Menari persis Britney Spears, pramugara AirAsia curi perhatian CEO dan netizen
Video yang menampilkan seorang anak kapal AirAsia tular di media sosial setelah dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan akaun 9gag.
Suara merdu kanak-kanak 4 tahun buat netizen cair
Hilangkan Monday Blues anda dengan menyaksikan video muzik yang comel, nyanyian kanak-kanak 4 tahun, Claire Ryann Crosby.
'Aku tidak peduli apa kata orang, kutukan orang, kerana ini kebahagiaan aku' - Hafiz Mahamad
Tular sejak Sabtu, video berdurasi tiga minit 20 saat itu menunjukkan Hafiz membuat kejutan untuk keluarganya dengan menaiki kapal mewah.
Tiada lagi pengiklanan berita palsu di Facebook, Google
Facebook dan Google masing-masing melarang laman portal yang sebar berita palsu dari menggunakan perkhidmatan pengiklanan mereka.
Lagu 'Pen Pineapple Apple Pen' tersenarai dalam carta Billboard Hot 100
Lagu 'Pen Pineapple Apple Pen' (PPAP) berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 hasil jumlah penstriman yang memberangsangkan.