Menenangkan! Layan BBQ, mandi sungai di Kamar Aishah Campsite

Libur
September 3, 2022 12:30 MYT
Kamar Aishah Campsite terletak berdekatan dengan sungai yang landai, dengan suasana aman damai yang menenangkan. -Libur
BILA pilih port camping, antara yang menjadi faktor ialah fasiliti yang lengkap dan juga lokasi yang cantik dan bersih.
Kamar Aishah Campsite yang terletak di Batang Kali, Selangor menjadi pilihan Farah Fara sekeluarga untuk menjadi port camping mereka.
Berdekatan dengan sungai yang landai, dapat pacak khemah di sini memang cukup menenangkan.
Fasiliti yang ada juga lengkap, sesuai untuk perkhemahan sekeluarga.
Paling menggembirakan, anak-anak boleh mandi sungai dan mendekati alam semulajadi.
Bagi yang tidak mahu menginap dan hanya untuk berpiknik, turut disediakan pondok yang boleh disewa.
Lokasi dekat sahaja dengan Kuala Lumpur, pastinya boleh dijadikan destinasi percutian hujung minggu ini!
Kamar aishah campsite, Batang Kali, Selangor
Harga tapak: RM50/malam (camping)
RM20 (pondok piknik)
RM5/seorang (piknik)
Waktu masuk: 10 pagi (paling awal)
Waktu keluar: 5 petang (paling lewat)
Memang best, sesuai untuk anak-anak.
-Sungai landai, ada port berbatu kecil, ada port pasir sahaja. Tak ada batu besar
-Tandas banyak, bersih, kemudahan shower, sinki, soket elektrik, surau. Boleh bawa kelengkapan memasak. Memang senang untuk BBQ
Mendamaikan, tenang jiwa. Bangun awal layan suasana ketenangan.
Akan kembali lagi ke sini, insya-Allah. -Libur
#port camping #Kamar Aishah Campsite #batang kali #Farah Fara
;