Menantu mengidam, mertua sanggup kejar van Milo!

Astro Awani
April 30, 2019 21:13 MYT
Pengguna dengan nama AzmerMerzam memuat naik video yang menunjukkan pasangan suami isteri mengejar van Milo ke akaun Twitter pada Isnin. - Twitter/AzmerMerzam
WANITA hamil lazimnya mempunyai selera mengidam masing-masing. Bukan perkara pelik apabila suami terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi yang tidak pernah difikirkan demi menunaikan keinginan isteri.
Tular di laman sosial, sepasang suami isteri 'mengejar' sebuah van Milo kerana mahu memastikan menantu kesayangan mereka dapat apa yang diidamkan, iaitu Milo dari van Milo.
Penggemar Milo tentunya sedia maklum air Milo dari van mempunyai rasa yang sedikit berbeza dan lebih sedap daripada Milo biasa.
Pengguna Twitter dengan nama AzmerMerzam memuat naik video itu ke akaun media sosial itu pada Isnin dan sehingga kini ia telah menerima lebih 36,000 retweet.

Bini aku mengandung mengidam nk minum air milo lori , mak ayah aku terserempak dngn lori milo dorang kejar weh ! pic.twitter.com/LQd4FjxqyB

— Mer (@AzmerMerzam) April 29, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Isteri saya mengidam sejak usia kandungan dia dua bulan, Alhamdulillah sekarang dah nak masuk lapan bulan.
"Setiap hari dia minum Milo. Semua Milo dah minum kecuali Milo lori. Dan dia tak pernah mendesak untuk dapatkan Milo lori ini," cerita Azmer sambil memaklumkan bayinya nanti merupakan cucu sulung dalam keluarga.
Bagaimanapun, kata Azmer, biarpun van Milo itu berhenti, petugas terbabit tidak dapat memberi minuman seperti yang diminta, sebaliknya mereka diminta untuk hadir ke acara yang akan dikunjungi van terbabit pada 1 Mei.
#hamil #menantu #mengandung #mengidam #mertua #milo #minuman #Tular #van Milo
;