Menang hadiah sambil menonton dalam slot Kelas #DudukRumah di Astro Tutor TV

Astro Awani
Oktober 22, 2020 08:04 MYT
Anda boleh memenangi hadiah sambil menonton Slot Kelas #DudukRumah.
KUALA LUMPUR: Perlaksanaan PKPB bukan sahaja menyebabkan majlis sosial harus dihentikan malah sekolah juga ditutup bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Dengan itu, Astro Tutor TV mengambil inisiatif untuk memperkenalkan slot baharu iaitu Kelas #DudukRumah yang mula bersiaran pada 21 Oktober pada jam 3 petang.
Pelbagai program menarik akan disajikan kepada penonton antaranya Sains D.I.Y, Belajar Bersama Cikgu Eve dan Projek Lepas Sekolah yang menampilkan El Farabi selaku teraju utama.
Selain El, Projek Lepas Sekolah turut dibintangi oleh , Phua Chandler, Alyssa Dezek, Ara Mysara dan Shaheed Rashid.
Bukan itu sahaja, Projek Lepas Sekolah juga menampilkan Nabil Mahir dan Amelia Henderson sebagai pelakon jemputan.
Lebih menarik lagi anda juga boleh memenangi hadiah sambil menonton Slot Kelas #DudukRumah.
Nak tahu bagaimana? Ikuti langkah dibawah :
Tengok Projek Lepas Sekolah dan Sains D.I.Y.
‘Scan’ QR code di kaca TV anda, sign-up (daftar) untuk kuiz, dan tunggu Wafiy muncul di kaca TV
Jawab kuiz bila tiba masanya di telefon atau tablet anda
Hantar jawapan-jawapan anda sebelum program tamat
Nama-nama pemenang akan diumumkan selepas program Sains D.I.Y.!
Senang kan? Jom saksikan slot terbaharu Kelas #DudukRumah di saluran Astro Tutor TV (601).
#Astro Tutor TV #COVID-19 #PKPB #Projek Lepas Sekolah #Sains D I Y #Kelas duduk rumah