Memartabat pakaian tradisi Sabah

Ruzaini Zulkepli
Jun 17, 2018 20:00 MYT
Bruno menunjukkan hasil rekaannya. - Foto Astro AWANI
Tidak pernah menjangka menceburi bidang jahitan walaupun memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti.
Malah, jejaka berusia 30 tahun ini tidak menyesal atau berasa terpinggir untuk meneruskan kerjaya sebagai tukang jahit baju tradisi Kadazandusun yang kebanyakannya dipelopori kaum wanita.
Bagi Bruno George Sadiwa, minat menghasilkan baju-baju tradisi kaum di Sabah ini mula berputik seawal usia 17 tahun.
Minat itu terpaksa dipendam dek kekurangan peluang untuk belajar menjahit dan mendalami ciri-ciri baju tradisional itu sehinggalah diberi peluang menghasilkan baju tradisi buat pertama kali.
Bermula pada tahun 2012, di usia 24 tahun, namanya tercatat dalam senarai individu yang bertanggungjawab menghasilkan baju tradisi yang akan dipakai oleh peserta Unduk Ngadau.
#baju tradisional #Bruno George Sadiwa #jahitan #Kadazandusun #menjahit #unduk ngadau
;