McDonald’s Malaysia bawa keceriaan kepada 120 rumah warga emas
Ian Johan Ariff
Januari 16, 2025 17:00 MYT
Januari 16, 2025 17:00 MYT
KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi tahunan yang sudah masuk tahun ke-9 untuk menyumbang kembali kepada komuniti setiap Tahun Baru Cina dengan membawa kegembiraan kepada warga emas di seluruh negara.
Tahun ini lebih bermakna apabila McDonald’s Malaysia membawa keceriaan kepada 120 rumah orang tua di seluruh negara.
Program tahunan yang bermula sejak 2017 ini menjadi bukti komitmen McDonald’s Malaysia dalam menyebarkan semangat kemakmuran dan kebersamaan.
Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Chin Mei Lee berkata Tahun Baru Cina adalah masa untuk bersatu hati, bergembira dan mengeratkan hubungan bersama.
“Kami (McDonald’s Malaysia) memberi penekanan yang besar meraikan Tahun Baru Cina bersama warga emas kerana kita semua tahu bahawa perayaan ini berkisar tentang kegembiraan, hubungan, dan kebersamaan.
“Tahun Baru Cina adalah masa untuk berkumpul, oleh sebab itu, tahun ini kami mengunjungi 120 rumah kebajikan untuk membawa kegembiraan kepada mereka.”
“Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kekitaan dalam masyarakat,” kata Mei Lee dalam satu sambutan Tahun Baru Cina dengan rumah kebajikan My Father’s Home di McDonald’s Pantai Sentral Park, Kuala Lumpur.
Sambutan Tahun Baru Cina itu dipenuhi aktiviti meriah seperti tarian singa, persembahan muzik serta hidangan tradisi Lou Sang.
Uniknya, Lou Sang ini menggunakan McDonald’s Lou-Lou curly fries, salah satu produk popular McDonald’s yang dinantikan setiap Tahun Baru Cina.
Program ini merupakan sebahagian daripada Program Komuniti @ McDonald’s yang bertujuan menyokong komuniti di seluruh Malaysia.
Bukan setakat perayaan Tahun Baru Cina dan rumah orang tua sahaja, McDonald’s Malaysia menjalankan lebih 10,000 inisiatif untuk memperkasa kanak-kanak dan keluarga kurang bernasib baik serta warga emas.
“Setiap tahun, kami (McDonald’s Malaysia) memberi tumpuan kepada kanak-kanak dan keluarga kurang bernasib baik, warga emas, serta warga barisan hadapan.
“Jadi, ini bukanlah tahun pertama kami melakukannya, sebenarnya, kami telah melaksanakannya selama bertahun-tahun.
“Dalam perayaan utama seperti Tahun Baru Cina, Pesta Pertengahan Musim Luruh, Hari Raya, dan Ramadan, kami sentiasa berusaha untuk memberi kembali kepada masyarakat di sekeliling kami.
“Kami berharap melalui usaha ini, kami benar-benar dapat menyumbang kepada komuniti kami,” tambah Mei Lee.
Selain itu, McDonald’s di Pantai Sentral Park, tiga lagi restoran terpilih, McDonald’s Bandar Sri Damansara, McDonald’s Kota Laksamana Melaka, dan McDonald’s Greenlane Pulau Pinang dihias dengan hiasan Tahun Baru Cina, termasuk tanglung berwarna-warni dan lampu perhiasan bagi menceriakan suasana.