McD Singapura jual Burger Nasi Lemak, rakyat Malaysia pun nak juga!

Gempak
Julai 13, 2017 14:13 MYT
Mula dijual bermula hari ini (13 Julai), Burger Nasi Lemak turut dijual bersama menu-menu istimewa yang lain.
BERSEMPENA dengan Festival Makanan Singapura 2017 dan sambutan Hari Kebangsaan Singapura yang bakal disambut pada 9 Ogos ini, McDonald's Singapura melancarkan menu istimewa, Burger Nasi Lemak.
Mula dijual bermula hari ini (13 Julai), Burger Nasi Lemak turut dijual bersama menu-menu istimewa yang lain.
Menu Burger Nasi Lemak ini diperbuat daripada bahan-bahan seperti isi ayam berperisa kelapa, dilapisi dengan telur goreng, bawang, hirisan timun, sos sambal dan roti semolina.
Selain burger istimewa tersebut, McDonald’s Singapura turut memperkenalkan beberapa pencuci mulut baharu termasuk ais krim Chendol McFlurry, pie kelapa, kek "Kueh Salat" dan kek pandan dengan lapisan pulut.
Menerusi pemerhatian di laman Twitter, rakyat Malaysia turut teruja dengan pelancaran menu istimewa tersebut.
Ada yang mahukan menu Burger Nasi Lemak dijual di Malaysia dan ada juga rakyat Malaysia yang sanggup ke Singapura untuk merasa sendiri kelazatan Burger Nasi Lemak.
Namun begitu, pertembungan rasa antara burger dan nasi lemak yang disatukan dalam satu menu turut membuat netizen mempertikaikan kelazatan Burger Nasi Lemak.
#Burger Nasi Lemak #Festival Makanan Singapura #Hari Kebangsaan Singapura #Mcdonald's #nasi lemak burger #Singapura
;