Mayat mangsa nahas boleh dibiarkan tenggelam dalam laut, kata Imam Besar

Agensi
Januari 4, 2015 19:40 MYT
Mayat mangsa nahas boleh dibiarkan tenggelam dalam laut, kata Imam Besar
Jenazah mangsa nahas udara pesawat AirAsia QZ8501 yang rosak hingga tidak boleh dikenalpasti boleh dibiarkan tenggelam di dalam laut, kata Ali Mustafa Yakub yang juga Imam Besar Masjid Istiqlal.
"Jika keadaan jenazah sudah rosak dan tidak dapat dikenal pasti, biarkan saja di dalam laut," ujar Ali Mustafa Yakub kepada Republika pada Ahad.
Dia turut menjelaskan, orang yang meninggal dunia di atas kapal dan mengambil masa yang panjang untuk dibawa ke darat boleh ditenggelamkan di atas laut sebagai pengganti kepada pengebumian.
"Jika ditunggu hingga sampai ke daratan misalnya, mayat akan busuk," ujarnya lagi.
Kaedah tersebut katanya sudah dibincangkan di dalam beberapa kitab Islam yang mana penenggelaman dilakukan dengan cara memberikan pemberat yang diikat kepada jenazah.
Dalam situasi hari ini, menurutnya pengurusan jenazah penting untuk dilakukan dengan adanya teknologi yang canggih hari ini. "Tapi sekarang kan ada ujian DNA, jadi sebaiknya dibawa ke daratan," ujarnya lagi kepada Republika.
Namun Ali turut mengingatkan agar pengebumian jenazah disegerakan berlandas fardhu kifayah dalam ajaran Islam.
#AirAsia #Imam Besar #Indonesia #Jakarta #masjid istiqlal #mayat #QZ8501 #tenggelam
;