#MataKantaAWANI: Hamparan luas
Astro Awani
September 23, 2018 12:01 MYT
September 23, 2018 12:01 MYT
SAUJANA mata memandang, setenang hati yang menyaksikan.
Terletak di selatan Dublin, Ireland, hamparan seluas kira-kira 220 kilometer persegi ini dirizab sebagai Taman Negara Wicklow Mountains, iaitu salah satu daripada enam taman negara di Ireland.
Antara aktiviti rekreasi yang boleh dicuba di taman negara ini adalah kembara berjalan kaki atau pendakian, memanjat tebing batu, berkayak dan memancing, selain menjadi syurga buat pencinta fotografi.
Gambar ini dirakam editor Astro AWANI, Hamzah Hamid, yang juga penerbit dan hos program berita kembara, HamzTravels.
Episod Dublin bakal bersiaran tidak lama lagi dalam pakej musim kedua HamzTravels, hanya di saluran 501 Astro AWANI.
* Jika anda berminat untuk berkongsi foto kegemaran anda, hantarkan di Twitter Astro AWANI @501 Awani atau di Facebook 501 Astro AWANI. Pastikan foto itu milik anda sendiri, dan jangan lupa sertakan nama serta lokasi foto diambil.
* Foto terpilih akan disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad di platform Digital 501 AWANI.