Mark Zuckerberg kongsi gambar anak bertemakan Star Wars

Syafique Shuib
Disember 18, 2015 23:01 MYT
Nampaknya pengasas Facebook Mark Zuckerberg mahu anaknya menjadi peminat setia Star Wars dari usia yang kecil. -Facebook/Mark Zuckerberg
NAMPAKNYA pengasas Facebook Mark Zuckerberg mahu anaknya menjadi peminat setia Star Wars dari usia kecil.
Zuckerberg memuat naik gambar anaknya Maxima Chan Zuckerberg yang dibalut seperti watak seorang Jedi.
Maxima yang comel itu juga dikelilingi mainan watak-watak Star Wars lain seperti Chewbacca, Darth Vader dan BB-8.
BACA: 'Star Wars: The Force Awakens' nostalgik, penuh aksi dan boleh tangkap leleh
Selaras lightsaber tidak ketinggalan untuk melengkap gambar berkenaan.

The force is strong with this one.

Posted by Mark Zuckerberg on
Gambar itu trending dengan hampir 2.4 juta Likes dan hampir 47,000 perkongsian.
Menerusi komen-komen yang diterima, ramai yang kongsi gambar anak-anak mereka dengan watak-watak Star Wars.
Keputusan untuk mengambil dua bulan bercuti setelah kelahiran anak perempuannya, ternyata membuat pengasas Zuckerberg ada lebih banyak masa untuk bersama keluarga dan kongsi detik-detik indah itu di laman media sosial
Sebelum ini Zuckerberg kongsi gambar menukar lampin anaknya.
#Facebook #Mark Zuckerberg #Maxima Chan Zuckerberg
;