Mark Zuckerberg kembali bekerja selepas tamat cuti paterniti
Madiha Abdullah
Januari 26, 2016 12:16 MYT
Januari 26, 2016 12:16 MYT
PENGASAS Facebook, Mark Zuckerberg kembali bekerja selepas bercuti selama dua bulan.
Cuti itu diambil Zuckerberg untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, Max, November lalu.
Dalam kemas kini di akaun Facebook, Zuckerberg memuat naik foto pakaian yang akan dipakai pada hari pertama dia kembali memulakan tugas.
Apa yang melucukan, kesemua pakaian tersebut berwarna kelabu dan nampak serupa, namun Zuckerberg tetap tidak boleh membuat keputusan apa yang mahu dipakainya.
Zuckerberg menghabiskan hari terakhir cutinya dengan membawa anak perempuannya belajar berenang buat kali pertama.
Selepas kelahiran Max, Facebook mengumumkan pemberian cuti materniti dan paterniti selama empat bulan untuk semua pekerjanya di seluruh dunia.