Manusia kecoh! Biskut susu alien mendarat di media sosial
Wafa Aula
Mac 1, 2018 05:01 MYT
Mac 1, 2018 05:01 MYT
Selepas biskut nasi lemak, kini laman sosial sekali lagi dimeriahkan dengan kemunculan biskut susu alien yang mengundang reaksi pelbagai pengguna laman sosial.
Selain bentuknya yang comel, resepi biskut itu juga menggunakan beberapa bahan mudah seperti margerin, susu pekat manis, dan tepung jagung.
Trend biskut itu menjadi tular sebaik sahaja seorang wanita bernama Maria Khalisya Khalis berkongsi resepi mudah itu di dalam sebuah 'Facebook group'.
Resepi biskut itu kemudian mendapat perhatian dan dikongsi hampir 15 ribu pengguna laman sosial itu.
Berikut adalah reaksi terhadap fenomena biskut alien yang sempat kami kumpulkan: