Manfaatkan tidur dengan senaman ringan
AFP RELAXNEWS
Mac 6, 2013 16:02 MYT
Mac 6, 2013 16:02 MYT
Jika anda mahu untuk meningkatkan kualiti tidur anda, satu kajian baru menunjukkan bahawa senaman sepanjang minggu boleh membantu anda.
Dalam satu undian, peserta yang melakukan senaman, walaupun senamam ringan, dilaporkan tidur lebih baik berbanding rakan mereka yang kurang aktif.
Diumumkan pada Isnin, National Sleep Foundation yang berpengkalan di US menyiarkan data kaji selidik terbarunya dari 1,000 orang dewasa.
Sehingga 67 peratus mereka yang bersenam pada hujung minggu, menyatakan hampir setiap hari pada malam minggu mereka mempunyai “tidur yang nyenyak”.
Sebaliknya, hanya 39 peratus daripada mereka yang tidak bersenam lansung menyatakan mereka tidur dengan nyenyak pada malam minggu.
Tambahan pula, berbanding 24 peratus peserta yang tidak bersenam hanya lapan peratus peserta yang bersenam bersungguh-sungguh berkata mereka mempunyai masalah hampir setiap malam untuk tidur.
Undian turut mendedahkan, kunci untuk tidur yang lebih nyenyak adalah dengan bangun dari kerusi anda.
Berbanding 12 hingga 15 peratus mereka yang duduk lebih dari lapan jam, 22 hingga 25 peratus daripada peserta yang duduk kurang daripada lapan jam menyatakan mereka kebiasaannya mempunyai tidur yang “sangat baik”.
Walau bagaimanapun, kaji selidik hanya menunjukkan perkaitan dan tidak menunjukkan sebarang punca dan kesan.
LiveScience menambah bahawa orang yang bersenam cenderung mempunyai rutin, seperti tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari, yang turut membantu tidur.
Walaupun pakar kesihatan menasihatkan untuk tidak bersenam terlalu dekat dengan waktu tidur, National Sleep Foundation telah mengubah cadangan itu berdasarkan kajian – bersenam pada bila-bila masa, melainkan anda bersenam pada waktu tidur, berguna untuk waktu tidur anda