Louis Vuitton pilih watak permainan video jadi model

Nizam Bakeri
Disember 29, 2015 13:28 MYT
Lightning merupakan salah satu karakter utama Final Fantasy dan kali pertama diperkenalkan dalam edisi ke-13 permainan video itu pada tahun 2010. - Foto Instagram
Gergasi fesyen Perancis, Louis Vuitton kini mengaburkan lagi sempadan antara dunia sebenar dan imaginasi alam maya dalam kempen terbaharu mereka.
Pengarah kreatif jenama berkenaan, Nicolas Ghesquiere mendedahkan wajah bagi koleksi musim bunga-panas 2016 - Lightning, watak dari francais permainan video popular Final Fantasy.
Koleksi video dan foto iklan koleksi Series 4 itu didedahkan menerusi akaun Instagram Ghesquiere, menurut CNN.
#FINAL FANTASY #Louis Vuitton #Series 4