Louis Vuitton bakal peraga beg pakaian rekaan BTS

Agensi
Ogos 10, 2021 11:27 MYT
Jenama fesyen terkenal Louis Vuitton bakal mempamerkan rangkaian beg pakaian rekaan BTS. -Louis Vuitton
JENAMA fesyen terkenal Louis Vuitton bakal mempamerkan rangkaian beg pakaian rekaan khas duta antarabangsanya, BTS, di kedai yang terpilih.
Portal ANI melaporkan, jenama itu sedang menganjurkan projek khas ‘Louis 200’ bagi meraikan ulang tahun ke-200 kelahiran pengasasnya Louis Vuitton bermula 4 Ogos hingga pertengahan tahun kedua ini.
Ia bakal memperkenalkan beg pakaian yang direka khas dengan kolaborasi bersama 200 individu mewakili pelbagai bidang.
Beg pakaian LV rekaan khas BTS bakal menampilkan logo "LV" dengan corak paus, 'hati', serta lobak merah.
Dan ia boleh didapati di rangkaian LV di seluruh dunia, termasuk Korea Selatan.
Kesemua 200 rekaan itu akan dicetak dan dipamerkan di jendela stor LV dengan menggunakan platform Damien Cube.
Ia akan digantikan dua kali sehari dan akan diguna kembali sebagai kertas pembalut.
Melalui pameran itu, Louis Vuitton akan mendermakan sejumlah €2 juta, dengan €10,000 untuk setiap 200 badan di seluruh dunia.
Sumbangan itu akan digunakan untuk membantu generasi muda, dan mereka yang tidak berkemampuan untuk merasai pengalaman artistik.
Sebahagian produk LV akan dilelong untuk membantu pelajar dalam bidang seni.
#Louis Vuitton #BTS #Louis 200 #rangkaian beg pakaian rekaan khas #duta antarabangsa #ulang tahun ke-200 #kolaborasi bersama 200 individu
;