Lonely Planet iktiraf Pulau Pinang tempat makan terbaik 2014

Astro Awani
Februari 5, 2014 09:17 MYT
Penerbitan panduan pelancongan global, Lonely Planet menyenaraikan Pulau Pinang sebagai tempat makan terbaik bagi tahun 2014.
Pulau Mutiara itu menduduki tempat pertama ,mengalahkan pesaing utamanya termasuk Victoria di Australia, Lake District di United Kingdom, Puglia di itali, serta Georgia dan Oaxaca di Mexico.
Menurut laporan editor Lonely Planet, Robin Barton Pulau Pinang terkenal dengan makanan gerai terutamanya "Char Kway Teow", "Mi Hokkien", dan "Laksa".
Makanan berkenaan melambangkan kepelbagaian budaya Melayu, India, Cina, Siam dan Acheh yang wujud hasil aktiviti perdagangan pada 1786.
Lonely Planet selain itu turut mengiktiraf Bandaraya George Town sebagai pusat makanan paling terkenal dan terbaik.
Barton juga menyarankan peminat makanan melayari laman Esplanade Food Centre melalui Lonely Planet bagi mendapatkan gambaran penuh mengenai Pulau Pinang terutama mengenai keindahan pasar malam di Pulau Mutiara itu.
Beliau juga mempromosikan "Air Bandung" dan "Cendol" yang disifatkan minuman yang wajib dicuba dan boleh didapati di gerai penjaja atau pasar malam.
Lonely Planet sebelum ini menyenaraikan Malaysia dalam kalangan 10 destinasi pelancongan terbaik bagi 2014.
#JelajahAWANI #Lonely Planet #pulau pinang #Visit Malaysia Year 2014
;