Lockdown: 5 cadangan hadiah hari jadi yang menggembirakan ketika pandemik

Haikal Raman
Julai 25, 2021 11:08 MYT
Mungkin ketika ini kita tak boleh menyambut hari jadi di tempat memorable, namun rasa 'bersama' itu boleh digantikan dengan penghantaran hadiah ke rumah pasangan anda. -Gambar hiasan/Unsplash
MUNGKIN sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini membataskan pergaulan kita dengan insan tersayang dan kebanyakan masa tidak dapat melakukan aktiviti bersama.
Tambahan pula jika sebelum ini kita biasa menyambut hari jadi dengan mengatur surprise date, namun kali ini perkara tersebut tidak dapat dilakukan.
Tapi penting untuk kita faham, pelaksanaan sekatan pergerakan yang diputuskan oleh kerajaan ketika ini adalah sebagai usaha membendung penularan pandemik COVID-19 yang tidak hanya melanda Malaysia malah dunia keseluruhannya.
Jangan bimbang, mungkin kita tak boleh hadir secara fizikal untuk meraikan sambutan hari jadi dengan insan tersayang di tempat-tempat yang memorable, sebaliknya rasa ‘bersama’ itu boleh diterjemahkan dengan memberi kejutan penghantaran hadiah pada hari bermakna mereka!
Untuk artikel kali ini, kami senaraikan beberapa cadangan untuk kejutan hadiah bagi menjadikan sambutan hari jadi lebih bermakna ketika pandemik.
1. Hantar kit parti hari jadi ke rumah pasangan anda!
Kami tahu perasaan tidak dapat throw party kepada pasangan anda, tapi mengapa tidak kita hantar kit parti hari jadi dan dekorasinya bersama-sama secara maya menerusi panggilan video?
Pastinya ia menjadi sambutan yang lebih romantik dan bermakna!
Pasangan anda pasti merasakan terpaling bahagia dengan party in a box ni!
Boleh customised apa yang anda ingin sediakan dalam kotak kejutan tersebut di giftr.my
2. Kek minimalis dan fansi
Bercakap pasal kek, semua orang deserve kek pada sambutan ulang tahun kelahiran mereka.
Untuk nampak lebih meriah dan menggembirakan, tempah serta buat penghantaran kek yang fancy.
Lebih manis, selitkan juga nota romantis anda pada kotak.
Sekarang ini banyak pilihan yang anda boleh dapat bagi rekaan dan rasa kek pilihan hati. Tak pernah mengecewakan jika membuat tempahan di Eat Cake Today.
Selain pembelian pada kadar yang jimat, Eat Cake Today turut menyediakan perkhidmatan penghantaran dalam tempoh empat jam selepas tempahan!
Mana nak dapat!
3. Buku, hadiah bermakna
Tidak tunggu bercinta dengan pustakawan untuk hadiahkan buku kepada pasangan anda!
Tempoh pandemik inilah merupakan waktu paling sesuai untuk menghadiahkan bahan bacaan sebagai material mengisi masa lapang, selain ia adalah hobi.
Statistik global menunjukkan sebanyak 35 peratus individu menyatakan mereka lebih banyak membaca pada tahun ini disebabkan pandemik yang berlaku.
Percayalah mereka yang menerima hadiah ini pasti akan lebih manghargai anda.
Boleh ke web Kinokuniya Malaysia untuk pelbagai genre buku mengikut pilihan individu.
Yang penting Kinokuniya juga sediakan gift wrapping service pada harga hanya RM5!
4. Produk kecantikan dan kesihatan
Manjakan pasangan anda dengan menghadiahkan produk kecantikan dan kesihatan ketika musim pandemik ini.
Walaupun hanya perlu kekal berada di rumah, tak bermakna anda mengabaikan penampilan wajah dan kesihatan.
Pelbagai pilihan rangkaian produk yang Favful tawarkan, anda boleh pilih mengikut jenis kulit.
Paling penting ada tawaran penghantaran percuma!
5. Istimewa untuk keluarga dan pasangan anda di Motherhood
Bagi pasangan muda yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, pastinya saat indah anda ingin di spark dengan lebih rasa romantis dan kekeluargaan.
Apa kata hadiahkan pasangan anda dengan sesuatu menggembirakan bagi pengalaman parenthood bersama.
Jenama Motherhood menyediakan pelbagai pilihan untuk barangan bagi memudahkan dan melancarkan urusan parenting anda dan pasangan.
Romantis!
Apa-apa pun pilihan hadiah yang akan anda berikan kepada pasangan, kami percaya ia akan menceriakan hari mereka… kerana ia juga daripada insan yang mereka sayang.
*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.
#KandunganAfiliasi #SurpriseDate #harijadi #BersamaLebihBermakna #KitPartiHariJadi #ThrowParty #KekFansi #Kinokuniya #EatCakeToday #Giftr #FAVFUL #motherhood #AstroAWANI #Awani #birthday
;