KUALA LUMPUR: Seorang daripada empat remaja di negara ini, dilaporkan mengalami tekanan emosi manakala seorang daripada lapan remaja berumur 10 hingga 19 tahun pula, menghadapi gangguan kesihatan mental, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022.
Lebih membimbangkan, kajian tersebut turut mendapati seorang daripada 10 remaja mempunyai niat untuk membunuh diri, peningkatan berbanding lebih sedekad yang lalu.
Apabila penggunaan media sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat, kesannya terhadap kesihatan mental semakin membimbangkan sehingga boleh mengakibatkan buli siber, keresahan dan kemurungan.
Pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja di Pusat Perubatan Sunway Dr Tee Bee Chin berkata adalah penting untuk mengesan tanda-tanda awal ketagihan aktiviti serta permainan dalam talian, yang boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan.
Beliau berkata ketagihan terhadap aktiviti dan permainan dalam talian, boleh mengakibatkan satu tindak balas negatif dengan pantas dan ia sering menjadi masalah sekunder dalam masalah utama, seperti kesukaran pembelajaran, konflik sosial dengan rakan sebaya serta perbalahan keluarga.
"Ini boleh dilihat melalui tanda-tanda seperti mengasingkan diri daripada aktiviti harian, peningkatan kepada toleransi terhadap masa yang dihabiskan di hadapan skrin dan keasyikan terhadap aktiviti dalam talian.
"Kami menggunakan asas piawaian untuk mendiagnosis ketagihan, seperti mempertimbangkan faktor-faktor seperti masa yang dihabiskan dalam talian, kesan ke atas kehidupan harian serta kegagalan untuk mengurangkan masa yang dihabiskan di hadapan skrin," katanya.
Dr Tee berkata penggunaan Internet secara berpanjangan juga boleh menyebabkan keresahan, kemurungan dan isu-isu kesihatan mental yang lain, seterusnya menjejaskan kehidupan seseorang kanak-kanak secara fizikal dan mental.
Beliau berkata penyelidikan jelas menunjukkan hubung kait yang signifikan antara penggunaan media sosial yang ketara dengan gejala-gejala kemurungan, kegelisahan sosial dan simptom fizikal, yang menunjukkan keresahan terutamanya dalam golongan remaja perempuan.
"Saya juga telah melihat hubung kait antara permainan video yang ganas dengan tingkah laku agresif pada kanak-kanak. Permainan yang melibatkan pencarian musuh atau menyelesaikan misi yang agresif, boleh mencetuskan tindak balas yang ganas dalam tempoh yang singkat," katanya.
Selain itu, Dr Tee berkata satu kajian terbaharu juga telah menunjukkan, remaja yang terdedah kepada permainan video yang ganas dengan lebih kerap boleh menunjukkan tahap kemarahan yang lebih tinggi, sering bertelagah dengan guru, penglibatan dalam pergaduhan fizikal yang lebih kerap dan prestasi sekolah yang merosot.
Beliau berkata punca-punca yang menyebabkan terjejasnya kesihatan mental dalam kalangan remaja ialah buli siber, takut ketinggalan, ketagihan dan perilaku kompulsif, kurangnya interaksi secara bersemuka dan informasi yang berlebihan.
Justeru bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, Dr Tee menekankan kepentingan melindungi kesihatan mental kanak-kanak pada era digital ini, dengan mengenali tanda-tanda gangguan emosi, mendapatkan bantuan awal dan memupuk persekitaran yang positif.
Beliau berkata pengesanan awal dan rawatan yang tepat pada masanya, boleh mengurangkan risiko bunuh diri serta meningkat mekanisme untuk menghadapi tekanan, terutamanya bagi mereka yang bergelut dengan kemurungan, kegelisahan serta kesepian semasa menjalani rawatan.
"Pelbagai rawatan dan terapi dalam menangani kesihatan mental kanak-kanak termasuk kaunseling untuk menangani stres, terapi tingkah laku kognitif, terapi menghadapi kesedihan, terapi trauma, terapi bermain untuk kanak-kanak kecil, terapi keluarga dan ubat-ubatan seperti antidepresan dan antikegelisahan untuk simptom yang teruk.
"Pelbagai rawatan dan terapi mesti disesuaikan kepada keperluan individu serta beberapa faktor lain seperti umur, sokongan, kebolehan yang sedia ada untuk mengatasi masalah, ciri-ciri peribadi serta penerimaan diagnosis atau rawatan oleh kanak-kanak dan keluarga mereka," katanya.
Dr Tee berkata ibu bapa perlu mencari rawatan dan nasihat yang sewajarnya daripada pakar kesihatan, yang memahami cabaran untuk menghadapi ketagihan aktiviti dan permainan dalam talian ini.
"Kumpulan sokongan boleh menawarkan pertolongan kepada para remaja yang berhadapan dengan cabaran ini. Mereka akan dapat merasakan ketenangan dalam persekitaran di mana orang dewasa dan rakan-rakan menerima mereka seadanya, tanpa perlu mengubah diri mereka.
"Untuk memastikan keberkesanannya, kumpulan sokongan khusus yang terdiri daripada pakar psikologi kanak-kanak yang terlatih dengan teknik kaunseling yang betul, boleh memberi manfaat tambahan kepada rawatan untuk pesakit yang mungkin lebih selesa untuk berada antara mereka yang mengalami masalah yang sama," katanya.
-- BERNAMA / Ahmad Aidil Syukri Hamzah
Bernama
Sat Oct 07 2023
Apabila penggunaan media sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat, kesannya terhadap kesihatan mental semakin membimbangkan. - Gambar hiasan/Unsplash
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
[TERKINI] Netanyahu tiba di Kneeset teruskan persidangan
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Yoav Gallant dilihat meneruskan sesi baharu pembukaan parlimen disaat berita mengenai permohonan waran tangkap hangat diperkatakan ketika ini.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
Dalam rakaman yang dikongsikan Reuters, Netanyahu berjalan memasuki dewan dengan kawalan ketat anggota keselamatan.
[TERKINI] Ketua Pendakwa Raya mohon waran tangkap terhadap Netanyahu
Mimpi ngeri Israel yang menyuarakan kebimbangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersedia mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawainya bakal menjadi kenyataan selepas notis permohonan diserahkan ICC kepada tiga panel hakim yang terlibat dalam pra-perbicaraan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
AWANI Ringkas: Buang bayi - Sepasang kekasih ditahan di Kemaman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 20 May 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Police investigating if attacks on national institutions random acts or coordinated plan - Home Minister
- Five days of mourning in Iran following the death of President Ebrahim Raisi
#AWANIenglish #AWANInews
- Police investigating if attacks on national institutions random acts or coordinated plan - Home Minister
- Five days of mourning in Iran following the death of President Ebrahim Raisi
#AWANIenglish #AWANInews
Bursa Malaysia cecah paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Saham di Bursa Malaysia melepasi paras rintangan 1,620 mata pada Isnin susulan aliran masuk dana yang tinggi ke dalam negara, melonjakkan indeks utama ke paras tertingginya sejak Mac 2021.
Ketua pendakwa raya ICC mohon waran tangkap terhadap PM Israel
Permohonan itu antara lain turut melibatkan pemimpin tertinggi Israel seperti Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant.
Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan
Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Golongan muda alami rabun tua sebelum usia
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Kanak-kanak ganggu jemaah di masjid: Apa hukum, tanggungjawab kita?
Didiklah anak-anak untuk mencintai masjid namun perlu mengawal mereka agar tidak mengganggu jemaah lain.
Masjid Kapitan Keling tawar hadiah kepada kanak-kanak solat tarawih
Antara hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.
Parental Control Tools bantu ibu bapa pantau kandungan dalam talian- Fahmi
MCMC bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools.