Lima sungai paling ngeri di dunia....

Sinar Harian
Oktober 22, 2018 13:04 MYT
Sungai Nil merupakan satu dari dua sungai terpanjang di bumi. Jangan berharap boleh berenang di sungai ini kerana di dalamnya terdapat banyak buaya.

SUNGAI merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan bermanfaat kerana sebagai ekosistem, dan juga menampung air hujan hingga menjadi sumber makanan.

Meskipun semua sungai memberikan manfaat, ternyata di balik manfaat tersebut beberapa sungai juga membawa bahaya yang mengancam.

Sungai-sungai ini membawa ancaman, termasuk mempunyai haiwan buas di dalamnya dan ada juga yang memiliki arus bawah yang berbahaya. Disebabkan berbahaya, maka sungai ini memang jarang didatangi oleh pengunjung, hanya pengkaji dan penggembara ekstrem yang benar-benar berani untuk mengunjungi sungai ini. Kamu berani?
Berikut ini deretan sungai paling berbahaya di dunia:
1. Sungai Nil
Sungai Nil merupakan satu dari dua sungai terpanjang di bumi. Jangan berharap boleh berenang di sungai ini kerana di dalamnya terdapat banyak buaya.
Selain itu haiwan-haiwan di sekitarnya pun dikenal sangat berbisa dan beracun. Ada beberapa bahagian sungai di mana arusnya sangat kuat. Perenang terbaik pun tidak dapat melawan arus dari sungai yang terletak di Afrika ini.
2. Sungai Mississippi
Terletak di Amerika Syarikat, sungai ini merupakan terpanjang kedua di dunia. Sungai Mississippi dikenal menyumbang kepada saliran di negara tersebut.

Oleh kerana itu, di balik airnya yang tenang ternyata sungai ini memiliki arus bawah yang sangat kuat. Selain itu pencemaran air di Sungai Mississippi ini juga berbahaya bagi tubuh manusia.
3. Sungai Niger

Sungai terpanjang ketiga di Afrika ini menyebabkan banjir yang benar-benar mengerikan. Sungai Niger pernah 'menyapu' 20,000 warga Afrika Barat serta 30,000 haiwan akibat banjir tersebut.
4. Sungai Kongo

Sungai Kongo juga dikenal sebagai 'Jantung Kegelapan' yang ada di Afrika. Daerah hutan sekitar dan di dalam sungai terdapat haiwan buas dan berbisa seperti ular dan buaya.
Selain itu, aliran sungai yang membentuk labirin (jalur) membuat orang yang nekad memasuki sungai akan terbawa arus 'acak', sehingga tidak dapat diketahui ke arah mana aliran tersebut menuju.
5. Sungai Amazon

Siapa yang tidak tahu Sungai Amazon, sungai ini terkenal paling berbahaya di dunia. Terletak di Amerika Selatan, sungai ini dipenuhi haiwan-haiwan air yang belum dikenalpasti.
Yang paling berbahaya adalah adanya banyak ikan piranha yang menggigit tubuh siapa sahaja yang masuk ke dalam air Amazon. - Brilio.net

#Amerika Syarikat #Sungai Amazon #Sungai bahaya #Sungai Kongo #Sungai Mississippi #Sungai Niger #Sungai Nil
;