Lihat transformasi buruh kasar berusia 60 tahun jadi model kacak!

Agensi
Februari 18, 2022 16:56 MYT
Mammikka, 60 tahun, mula tular di media sosial selepas gambar-gambarnya dimuat naik oleh jurugambar, Shareek Vayalil - Foto Instagram @SHKDigital
HIDUP seorang buruh kasar di Kerala, India berubah dalam sekelip mata selepas dia memperagakan pakaian daripada jenama tempatan milik seorang jurugambar.
Mammikka, 60, mula tular di media sosial selepas gambar-gambarnya dimuat naik oleh jurugambar, Shareek Vayalil di Facebook.
Foto-foto Mammikka tular selepas menerima komen-komen yang menyamakan Mammikka dengan pelakon dan komposer dari India, Vinayakan.
Susulan itu, jurugambar tersebut mencari Mammikka untuk memperagakan pakaian buat perniagaan tata rias pengantin miliknya.
Selepas bersetuju untuk menjadi model, Mammikka menukarkan kain sarungnya kepada sut klasik, transformasi yang dirakam Shareek itu kini mendapat lebih 80,000 tontonan di Instagram.
Mammikka, yang berasal dari Kodivalli, Vennakadu di India itu kini mempunyai akaun Instagram miliknya sendiri.
Memetik laporan portal berita News18, Mammikka sedang mempertimbangkan kerjaya dalam bidang peragaan sambil meneruskan pekerjaannya sebagai buruh kasar.
#Mammikka #India #buruh jadi model #media sosial
;