Letih bekerja? Ini 5 negara punyai waktu kerja paling singkat di dunia

Sinar Harian
Oktober 11, 2018 11:43 MYT
Dasar pekerja yang dibebaskan untuk membahagikan masa kerja menjadi cara yang terbaik bagi Jerman untuk mengurangkan pengangguran.
NORWAY, yang terkenal dengan undang-undang buruh yang paling longgar di dunia, rakyatnya hanya bekerja 33 jam seminggu. Pekerjanya juga diberikan 21 hari untuk cuti setahun dan memberi peluang kepada golongan ibu bapa untuk memohon lebih banyak cuti untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka.
Manakala bagi Belanda pula, warganya hanya bekerja 29 jam dalam seminggu. Ini adalah untuk menyeimbangkan kehidupan pekerja di Belanda.
Di Malaysia? Rata-rata penduduk Malaysia akan bekerja 40 jam dalam satu minggu.
1. Itali – 960 jam/tahun
Kerajaan Itali membebaskan pekerja untuk membahagikan waktu kerja mereka. Sementara waktu bekerja dalam seminggu adalah 40 jam dan waktu kerja lebih dari 8 jam.
2. Paris – 1007 jam/tahun
Negara yang melangkah ke perlawanan akhir piala dunia 2018 menduduki tempat ke 2 denagn waktu kerja sehingga 1007 jam setahun.
3. Belgium – 1011 jam/tahun
Belgium adalah sebuah negara yang boleh membuat pekerja mereka tinggal dalam satu profesion, atau tidak sering memindahkan pekerjaan. Itulah sebabnya kerajaan memberikan dasar kepada pekerja untuk mempunyai hak untuk berehat selama satu tahun. Dalam tempoh ini pekerja juga masih diberi elaun dari kerajaan.
4. Poland – 1038 jam/tahun
Di Poland rata-rata pekerjanya bekerja selama 40 jam per minggu. Namun sekitar 20% pekerja lelaki perlu bekerja lebih dari 50 jam per minggu.
5. Jerman – 1053 jam/tahun
Dasar pekerja yang dibebaskan untuk membahagikan masa kerja menjadi cara yang terbaik bagi Jerman untuk mengurangkan pengangguran. Pada masa ini kadar pengangguran Jerman adalah kira-kira 5% atau lebih rendah berbanding Amerika yang 7%. -rileklah.com
#Belanda #Belgium #Itali #Jerman #Malaysia #paling singkat #Paris #undang-undang #waktu kerja
;