Leonardo DiCaprio di Sumatera untuk sokong usaha pemuliharaan hutan

Kohilah Sekaran
Mac 30, 2016 16:53 MYT
DiCaprio mengabadikan kenangan bersam rakan aktivis dalam misi alam sekitar di Taman Negara Gunung Leuser di Sumatera, Indonesia. - Foto Instagram Leonardo DiCaprio
PELAKON Hollywood, Leonardo DiCaprio telah mengadakan satu lawatan ke Taman Negara Gunung Leuser di Sumatera, Indonesia, untuk memberi sokongan kepada sebuah persatuan pemuliharaan yang berusaha untuk memelihara ekosistem di kawasan itu.
Perkara ini dimaklumkan oleh DiCaprio menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik sekeping gambar beliau bersama dua lagi aktivis alam sekitar Indonesia.
Difahamkan, pemenang Oscars 2016 itu berada di Sumatera bagi menyokong gerakan rakan-rakan Indonesianya dalam mewujudkan satu tempat perlindungan fauna di taman negara itu.
Penjelajahan ini merupakan sebagai sebahagian daripada projek Persatuan Lenardo DiCaprio.
Taman Negara Mount Leuser itu dikatakan sebuah landskap yang terancam berikutan aktiviti penanaman kelapa sawit, perlombongan, pembalakan dan ancaman pembangunan yang lain.
Menurut DiCaprio, hutan hujan tropika dalam ekosistem itu dianggap sebagai salah satu habitat terbaik di dunia yang masih tinggal bagi spesies gajah Sumatera yang terancam.
"Tetapi, perkembangan perladangan minyak sawit memusnahkan tapak hutan itu dan menganggu laluan utama migrasi gajah, menjadikannya lebih sukar untuk mereka mencari sumber makanan dan air yang mencukupi," sambung DiCaprio.
DiCaprio telah menjadi salah seorang aktivis alam sekitar yang berprofil tinggi di dunia.
Leonardo DiCaprio Foundation menyokong pelbagai projek-projek yang melindungi hidupan liar yang semakin pupus dan memulihkan keseimbangan ekosistem yang terancam.
#aktivis #alam sekitar #Indonesia #Leonardo DiCaprio #pelakon
;