Lengkapkan set rutin senaman setiap pagi, badan akan cergas sepanjang hari
Maskulin
November 7, 2021 09:00 MYT
November 7, 2021 09:00 MYT
BAGI kebanyakan anda yang sebelum ini telah bekerja dari rumah selama kira-kira setahun lebih akibat wabak COVID-19, memasuki semula pejabat juga satu cabaran yang dirasakan.
Pernahkah anda merasa badan sangat penat dan kejung walaupun duduk di kerusi sahaja?
Itu bermakna badan anda kurang cergas dan kurang bersenam. Sebaiknya setiap pagi lakukanlah senaman paling kurang pun 20 minit sahaja.
Berikut beberapa set senaman yang mampu memberikan kecergasan fizikal untuk anda sepanjang hari.
JUMPING JACKS
Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh.
Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan.
Ulang semula sebanyak 20 kali.
WALL SIT
Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dinding
Turunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada.
Ulang semula sebanyak 20 kali.
ABDOMINAL CRUNCH
Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha.
Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal.
Ulang semula sebanyak 15 kali.
SQUAT
Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh.
Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi).
Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan.
Ulang semula sebanyak 10 kali.
HIGH KNEES RUNNING IN PLACE
Berdiri tegak dalam keadaan kaki dipijak secara menjengket. Lutut dibengkokkan dan paha diangkat separas pinggang.
Ulang semula dengan kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 20 kali.
PUSH-UP ROTATION
Meniarap dalam posisi tekan tubi.
Pusingkan badan ke kiri dalam posisi tangan kiri diluruskan sambil menanggung beban tubuh. Tangan kanan diluruskan ke atas.
Ulang semula dalam posisi berlawanan. Lakukan sebanyak 5 kali.
Selamat mencuba dan teruskan mengamalkan SOP dengan baik!
* Artikel asal disiarkan di Maskulin.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!