Lelaki tertinggi dan wanita terpendek di dunia bertemu di Mesir
Agensi
Januari 27, 2018 08:49 MYT
Januari 27, 2018 08:49 MYT
LELAKI tertinggi dan wanita terpendek di dunia bertemu di Mesir untuk satu sesi penggambaran yang luar biasa.
Perbezaan ketinggian mereka begitu menakjubkan kerana wanita itu kelihatan seperti saiz kaki lelaki tersebut.
Berdasarkan Rekod Dunia Guinnes (GWR), Sultan Kosen yang berusia 35 tahun, berasal dari Turki adalah lelaki tertinggi dengan ketinggian lebih kurang 244 cm (8'1 kaki).
Sementara itu, wanita Dan Jyoti Amge, 24 tahun pula berasal dari India dan hanya berukur 60 cm (2 kaki).
Kedua-dua mereka mendapat gelaran masing-masing pada 2011 itu telah dijemput untuk satu sesi penggambaran di hadapan piramid oleh Lembaga Promosi Pelancongan Mesir.
Kosen merupakan individu pertama yang diukur oleh GWR dalam tempoh 20 tahun lalu, namun hanya 10 orang sahaja pernah mencapai ketinggian lebih 243 cm (8 kaki).
Dia juga merupakan pemegang rekod saiz tangan terbesar.
Ketika menerima gelaran oleh GWR itu, Kosen berkata beliau tidak sangka dapat disenaraikan dalam rekod tersebut.
Ketinggian Kosen itu adalah disebabkan kondisi yang dipanggit Gigantisem Putuitari, iaitu berpunca dari penghasilan hormon pertumbahan berlebihan.
Sementara itu, Amge pula menerima gelaran wanita terpendek ketika berusia 18 tahun dan hanya berat 5 kilogram.
Amge berdepan kondisi Dwarfisme yang dipanggil Achondroplasia, dan tidak akan meninggi.
Oleh itu, kesemua pakaian perlu direka khas, termasuk perkakas pinggan.