Lelaki 'kahwini' robot setelah gagal cari calon isteri

Syafique Shuib
April 4, 2017 10:36 MYT
Zheng Jiajia mengahwini robot ciptaan diberi nama Yingying mengikut adat dan tradisi tempatan. -Gambar Twitter
AKIBAT gagal mencari calon isteri yang sesuai, seorang lelaki dari China nekad mengahwini robot ciptaannya sendiri.
Memetik laporan South China Morning Post, lelaki itu yang bernama Zheng Jiajia, 31 tahun, merupakan seorang pencipta robot dan pakar kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) di Hangzhou telah menghasilkan robot wanita itu pada hujung tahun lepas.
'Isterinya' yang diberi nama "Yingying" hanya boleh bertutur beberapa perkataan mudah, namun Zheng mempunyai perancangan untuk menaik taraf keupayaannya agar robot itu boleh berjalan dan melakukan kerja rumah.
Media di China melaporkan pasangan itu 'berkahwin' dalam satu majlis ringkas namun masih mengikut adat dan tradisi tempatan.
Majlis turut dihadiri ibunya dan beberapa rakan yang lain.
#Kini Trending #robot #robot ciptaan #Yingying #Zheng Jiajia
;