Langgar kereta polis angkara 'Pokemon Go', polis Baltimore keluar amaran

Kohilah Sekaran
Julai 20, 2016 20:32 MYT
Seorang pemandu kereta di Baltimore, Amerika Syarikat dilapor melanggar sebuah kenderaan polis kerana hilang tumpuan ketika bermain permainan, Pokemon Go pada telefon pintarnya.
Seorang pemandu kereta di Baltimore, Amerika Syarikat dilaporkan melanggar sebuah kenderaan polis angkara hilang tumpuan ketika bermain permainan Pokemon Go di telefon pintarnya.
Nahas itu dirakamkan oleh sebuah kamera badan yang dipakai oleh seorang pegawai dan ia kemudiannya dikongsikan oleh Jabatan Polis Baltimore di laman Twitter mereka.
Polis mengeluarkan video itu dengan amaran: “#PokemonGo bukan sekadar satu hiburan dan permainan.
“Ini adalah rakaman video seorang pemandu melanggar kenderaan kami kerana hilang tumpuan.”
Rakaman itu menunjukkan sekumpulan pegawai polis berdiri di sebelah sebuah kereta peronda yang diletakkan di tepi jalan.
Sebuah kenderaan jenis MPV kemudian bergerak ke arah kawasan itu, sebelum merempuh sebuah kereta polis itu dari belakang.
“Saya minta maaf," kata pemandu itu selepas ditahan pegawai polis.
Menurut Polis Baltimore, ketika siasatan, pemandu itu mengaku bahawa kemalangan berkenaan berlaku kerana dia sibuk mencari ‘makhluk’ Pokemon.

#PokemonGO is not all fun and games. Here is a video of a distracted driver who struck one of our cars. #PlaySafe pic.twitter.com/kOTfbTcILo

— Baltimore Police (@BaltimorePolice) July 19, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Amerika Syarikat #Pokemon GO #Polis Baltimore
;