Lamaran kahwin di stadium, semua orang cari 'Shinna'

Madiha Abdullah
November 25, 2018 10:20 MYT
Lamaran di stadium mungkin akan jadi kenangan paling manis buat pasangan ini. - Twitter Matthew Mohan @MatthewMohanCNA
Di sebalik gegak gempita dan kemeriahan sambutan kemenangan Harimau Malaya dalam perlawanan menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, ada lagi sambutan yang lebih membahagiakan.
Ketika perlawanan berehat di separuh masa, seorang lelaki melamar teman wanitanya dan lebih istimewa, lamaran itu turut dipancarkan melalui skrin gergasi di stadium.
Imej skrin yang tertulis 'Jom kahwin saya Shinna' itu rancak dikongsi pengguna media sosial, sekali gus menimbulkan pertanyaan siapakah gadis bertuah itu.

Kepada Shinna, kahwinilah dia. Hes a... keeper. #HarimauMalaya #MASvMYA #AFFSuzukiCup18 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/k5djngbsq6

— Team Malaysia (@TeamMsia) November 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Malaysia 2-0 up at the break but more importantly for this fan, she said yes!!!!Hows that for half-time entertainment? #AFFSuzukiCup18 #MASvMYA pic.twitter.com/w9acVxXd86

— Matthew Mohan (@MatthewMohanCNA) November 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengguna laman sosial juga berkongsi video saat lelaki berkenaan melutut dan melamar gadis bertuah itu, malah video yang sama juga dikongsi oleh laman Facebook rasmi AFF Suzuki Cup.
Menerusi video itu, dapat dilihat pasangan itu dikelilingi keluarga dan si jejaka turut membawa bunting yang tertulis 'Let's Get Married Lah'.
Disaksikan ratusan penonton, gadis itu dilihat menyeka air mata kegembiraan dan memberikan jawapan 'ya', sebelum disarungkan cincin.
Identiti pasangan sweet ini masih belum dikenal pasti. Tetapi siapa pun anda, tahniah dan selamat berbahagia dari Astro AWANI!
#AFF #bola sepak #harimau Malaya #lamaran #lelaki #Malaysia #Myanmar #Piala AFF Suzuki #Stadium Nasional Bukit Jalil #wanita
;