Lama atau sekejap, ini tempoh masa berkesan untuk lakukan senaman 'plank'
Maskulin
September 3, 2021 09:50 MYT
September 3, 2021 09:50 MYT
SENAMAN plank tidak perlu lagi diperkenalkan kepada anda. Mungkin ia telah menjadi salah satu rutin wajib dalam senaman harian anda.
Plank juga terdapat pelbagai jenis yang setiap satu daripadanya memberikan fokus pada kawasan otot tertentu, terutama sekali di bahagian abdomen, dada dan juga lengan.
Walau bagaimanapun dalam melakukan pelbagai jenis teknik plank berapa lamanya masa yang paling terbaik untuk senaman plank?
Ia jarang diperkatakan kerana ramai yang melakukan senaman ini mengikut kemampuan semata.
Menurut seorang profesor yang juga pakar tulang belakang bernama Stuart Gill, beliau berpendapat bahawa jika seseorang melakukan plank dalam tempoh masa yang lama ia tidak akan mendatangkan manfaat.
Jelasnya lagi, cara paling efisien untuk mendapatkan hasil maksimum semasa melakukan plank ialah dengan melakukannya selama 10 KIRAAN dan diulang sebanyak 3 SET.
Namun berbeza dengan pendapat dari seorang trainer peribadi, Benji Tiger yang bertugas di pusat senaman popular luar negara Orange Theory mengatakan plank yang terbaik ialah dilakukan selama 30 hingga 60 kiraan.
Ia juga perlu dilakukan dengan menahan selama 20 saat setiap kali melakukan plank.
Seorang lahir trainer peribadi berpengaruh di New York, Rob Arreaga memiliki pendapat sama dengan Profesor McGill.
Rob menekankan bahawa plank dalam durasi singkat akan memberik impak lebih efektif. Ia juga bertindak sebagai senaman berkesan untuk jangka masa pendek.
Paling penting bagaimana anda menjaga postur dan posisi tubuh semasa melakukan plank.
Pengarang buku “The 2 Meal Day”, Max Lowery pula berpendapat cara terbaik melakukan plank adalah dengan memperhatikan posisi punggung.
Jelasnya, selagi kedudukan dan posisi punggung tidak melengkung, ia boleh memberikan tekanan pada bahagian sendi.
Jadi senaman plank yang dilakukan efektif sepenuhnya ke atas otot-otot badan.
Buat anda yang ingin melakukan senaman plank setiap hari, tak perlulah melakukan dalam tempoh yang terlalu dalam untuk setiap set.
Setiap plank dilakukan biarlah sesuai dengan tenaga badan dan tidak terlalu membebankan fizikal anda.
Jadi pilihlah teknik plank serta tempoh masa terbaik untuk anda.
Apa yang penting anda dapat elak daripada berdepan dengan kecederaan.
*Artikel asal di Maskulin