Kurta boleh dijadikan sebahagian fesyen lelaki Muslim
Astro Awani
Ogos 1, 2013 19:30 MYT
Ogos 1, 2013 19:30 MYT
Fesyen lelaki Muslim adalah sesuatu yang hanya diterhadkan kepada baju Melayu dan jubah, terutamanya semasa menjalankan ibadah.
Memahami keterhadan ini, pemilik Lalan Designs Azlan Zanudin memperkenalkan Kurta yang dikatakan pakaian yang turut boleh dikenakan semasa beribadah.
“Kurta ini sesuai dengan budaya negara kita dan iklim tropika di sini. Ia juga sopan digayakan,” kata Azlan.
Azlan berkata Kurta yang berada di pasaran lebih menjurus kepada warna-warna seperti kelabu dan putih.
“Saya telah menyuntik elemen yang menyeronokkan dalam Kurta ini dengan memperkenalkannya dalam pelbagai warna yang menarik.
“Selain sesuai dipakai semasa beribadah, Kurta ini boleh dikenakan semasa keluar berjalan-jalan,” katanya.
Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.