Kunyah gula-gula getah dapat tingkat konsentrasi

AFP RELAXNEWS
Mac 10, 2013 12:00 MYT
Kajian terbaru di Britain mendapati bahawa mengunyah gula-gula getah dapat meningkatkan konsentrasi.
Kajian terdahulu telah mendapati bahawa mengunyah gula-gula getah boleh menggalakkan konsentrasi dalam memori visual.
Namun begitu kajian terbaru di Universiti Cardiff mendapati bahawa aktviti itu dapat meningkatkan tumpuan dalam memori audio.
Satu kajian yang diterbitkan di laman portal ‘British Journal of Psychology’ telah membawa 38 peserta yang diasingkan mengikut dua kumpulan.
Kedua-dua kumpulan diberikan tugas audio selama 30 minit yang memerlukan mereka mendengar susunan nombor yang telah diberikan.
Para peserta yang mendapat markah paling tepat dan cepat dalam mengesan susunan nombor ganjil adalah mereka yang di dalam kumpulan mengunyah gula-gula getah sambil mendengar ujian tersebut.
Keputusan menunjukkan yang mereka yang mengunyah gula-gula getah mempunyai reaksi yang lebih cepat dan keputusan yang lebih tepat.
Walaubagaimanapun kajian tahun lepas di universiti yang sama ada menunjukkan yang mengunyah gula-gula getah juga boleh mengurangkan masalah memori jangka pendek, namun penemuan tersebut masih belum dapat disahkan lagi.
#British Journal of Psychology #gula-gula getah #Universiti Cardiff
;