Kumpulan pelabur milik Ikea beli tanah hutan di AS, selamatkan ekosistem
Agensi
Februari 6, 2021 11:19 MYT
Februari 6, 2021 11:19 MYT
KUMPULAN pelabur milik gergasi runcit Sweden, Ikea, telah memperoleh tanah hutan di tenggara Georgia untuk membolehkan ekosistemnya dilindungi daripada pembangunan.
Kumpulan Ingka, yang memiliki dan mengendalikan kebanyakan kedai Ikea, membeli tanah seluas 10,840 ekar berhampiran Altamaha River Basin.
"Kami percaya bahawa pengurusan hutan yang baik adalah tidak mustahil dan sebahagian besar tanggungjawab kami adalah untuk memulihkan hutan dan menanam lebih banyak daripada apa yang kami tuai," kata Pengarah Urusan Ingka Investments, Krister Mattsson kepada CNN.
Tanah itu, yang diperoleh dari organisasi pemuliharaan The Conservation Fund, menjadi kediaman bagi lebih 350 spesies tumbuhan dan hidupan liar.
Sejak 2014, Ingka Investments telah membeli kira-kira 612,821 ekar kawasan hutan di Amerika Syarikat, Estonia, Latvia, Lithuania dan Romania.
Bukan sahaja meletakkan komitmen terhadap pelaburan bagi memulihara hutan, syarikat ini juga telah menanam hampir 7 juta benih pokok di banyak negara di seluruh dunia.
"Visi kami adalah mempertimbangkan semua fungsi hutan dan merancang untuk puluhan tahun ke depan.
"Kami melihatnya sebagai komitmen untuk menyeimbangkan aspek ekonomi, persekitaran dan sosial yang berkaitan dengan hutan," kata Mattsson.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
#hutan
#Ikea
#Sweden
#pelaburan
#Amerika Syarikat
#konservasi
#pemuliharaan
#ekosistem
#santai hujung minggu