Kulit muka berminyak? Ini puncanya yang anda perlu tahu

Asyraf Roslan
Oktober 20, 2018 10:25 MYT
Apakah punca sebenar yang membuatkan kulit muka anda berminyak? - Astro AWANI
TAHUKAH anda minyak yang dihasilkan oleh kulit muka bertujuan untuk melindungi kulit muka anda daripada kekotoran dan habuk.
Kebanyakan kita selalu mengeluh kerana mempunyai masalah kulit berminyak.
Masalah kulit berminyak ini timbul apabila minyak yang dihasilkan melebihi apa yang diperlukan.
Apabila kulit muka berminyak ia akan menyebabkan liang pori tersumbat maka jerawat akan mula terhasil di muka anda seterusnya menjadikan anda kurang yakin untuk berinteraksi dengan orang ramai.
Tapi sudah pasti ramai yang tidak tahu punca kulit muka jadi berminyak dan cara untuk mencegah dan mengatasinya.
#kesihatan #Kulit Muka Berminyak #penjagaan diri #punca #rawatan