Kucing 'hero' raih pujian netizen

Nursyamimi Syahira Saripan
Ogos 10, 2017 06:30 MYT
Pihak bomba cuba mendapatkan kucing berkenaan namun gagal dan akhirnya kucing tersebut tergelincir jatuh ke bawah. - Astro AWANI.
Detik mencemaskan dialami oleh pengunjung pusat beli-belah Melati Mall di sini semalam apabila seekor kucing terperangkap pada palang tingkat empat bangunan berkenaan.
Dalam video yang dirakam oleh pengguna laman sosial Twitter, Dena Bahrin menunjukkan seorang pegawai bomba cuba menyelamatkan kucing itu menggunakan tali dari atas siling ke tingkat empat..

YA ALLAH, NERVOUS GILA ABANG BOMBA SELAMATKAN KUCING ! I CRIED! Lokasi: Melawati Mall pic.twitter.com/v1KBUKvKZ0

— (@DenaBahrin) August 9, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Dena, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang dan pada waktu itu pihak bomba sudah tiba di lokasi untuk misi menyelamat.
"Saya sedang menaiki escelator, tiba-tiba ada seorang pakcik menjerit kata ada kucing. Saya terkejut sebab tak sangka ada kucing duduk pada palang sebelah tingkap," katanya kepada Astro Awani.
Tambahnya lagi, detik mendebarkan bermula apabila kucing itu mula panik dan melompat dari satu palang ke palang yang lain.
Pihak bomba cuba mendapatkan kucing berkenaan namun gagal dan akhirnya kucing tersebut tergelincir jatuh ke bawah.
Tindakan pantas pihak bomba menyediakan kusyen udara keselamatan (safety air cushion) di tingkat bawah berjaya menyelamatkan nyawa kucing berkenaan.
Pengguna laman sosial cemas menyaksikan kejadian yang berlaku dan memuji tindakan pantas pasukan bomba.
Video berdurasi satu minit itu mendapat hampir 24,000 retweet, 9,000 likes dan 300 komen kurang daripada 24 jam kejadian berlaku.
Menurut saksi lagi, kucing berkenaan meninggalkan lokasi setelah diselamatkan oleh pihak bomba.
#bomba #Kuala Lumpur #kucing #melawati mall #selamat #terjatuh #Twitter