Kuasa media sosial: Penjual donut 10 sen jadi 'buruan'

Madiha Abdullah
Disember 8, 2015 17:38 MYT
Pengaruh media sosial membuatkan bilangan donut jualan Waliuddin naik mendadak.Foto/Facebook
Beberapa hari lalu, kisah seorang peniaga yang menjual kuih donut dengan harga RM 0.10 sebiji viral di laman sosial.
Menurut maklumat yang diperolehi menerusi beberapa buah portal, lelaki berkenaan yang merupakan seorang mualaf, baharu sahaja seminggu membuka perniagaan menjual donut di kawasan kediamannya iaitu di Flat Maluri, Cheras.
Ia disifatkan ramai sebagai luar biasa kerana harga kuih donut di pasaran buat masa ini adalah sekitar RM 0.40 dan RM 0.50 sebiji.

Difahamkan, selain berniaga donut, lelaki yang bernama Muhammad Waliuddin Chia Chen ini pernah berkhidmat di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Posted by New Malaysian Post on

Lokasi di flat maluri, cheras berdekatan masjid al shafie

Posted by Sukan Star TV on

Ramai Terkejut Abang Kacak Ini Jual Donut Hanya 10 Sen

Posted by Terengganu Times on

Exco Pemuda Umno Malaysia, menyampaikan bantuan peralatan dapur kepada pemuda yang pernah menjadi viral kerana menjual donut dengan harga hanya 10 sen (Y)

Posted by Barisan Nasional on
Kisahnya yang viral itu nyata menjadi rezeki buat lelaki dengan nama Muhammad Waliuddin Chia ini.
Sememangnya, kuasa dan pengaruh besar yang dibawa media sosial bukan calang-calang. Ini terbukti apabila bilangan donut jualan Waliuddin naik dengan mendadak.
Jika sebelum ini dia hanya menjual kira-kira 100 biiji donut, kini dia perlu menyiapkan kira-kira 1,500 donut setiap hari.
Lebih menarik, 'saham' tuan punya badan juga mula naik apabila ramai yang menawarkan diri mahu menjadi pasangannya.
Laporan Harian Metro menyebut Waliuddin memperolehi keuntungan sekitar RM40 sehari.
Difahamkan, EXCO Pemuda UMNO Malaysia telah menyampaikan bantuan dalam bentuk peralatan memasak kepada Waliuddin bagi membolehkan dia meneruskan perniagaan.
#kuih-muih #Penjual donut #perniagaan
;