Kos bersara di Malaysia lebih RM1 juta, RM4 juta jika bersara di Singapura - Kajian

Gempak
Januari 7, 2024 13:15 MYT
Negara paling mahal untuk bersara ialah Singapura di mana seseorang memerlukan AS$0.9 juta (RM4.19 juta) untuk hidup selesa. -Gambar hiasan
KAJIAN yang dilakukan oleh sebuah syarikat di Belanda menyenaraikan kos yang diperlukan untuk bersara di berbilang negara di seluruh dunia, lapor portal berita MailOnline baru-baru ini.
Syarikat pengurusan insuran, pencen dan aset, Aegon menganalisis data kos sara hidup daripada laman Numbeo untuk mengira kos persaraan di negara berbeza.
Negara paling mahal untuk bersara ialah Singapura di mana seseorang memerlukan AS$0.9 juta (RM4.19 juta) untuk hidup selesa.
Beberapa negara paling mahal untuk bersara termasuk Switzerland, Amerika Syarikat, Luxembourg, Denmark, Emiriyah Arab Bersatu dan Kanada.
Kos bersara di Pakistan pa­ling murah di dunia iaitu sekitar AS$118,953 (RM553,000) manakala India dan Colombia pula masing-masing kurang AS$150,183 (RM699,000).
Sementara itu, kos bersara di Malaysia pula ialah AS$216,439 (RM1 juta). –Gempak/AGE
#kos bersara #Aegon #data kos sara hidup #Numbeo
;