Kopi, teh bukan untuk kanak-kanak! Ini punca berat anak tak naik

Pa and Ma
Julai 19, 2021 12:24 MYT
Hadkan pemberian air dan makanan manis. Jika perlu, beri dalam bentuk semulajadi seperti buah buahan, fresh fruit juice, dan ais krim buah. - Gambar hiasan/Unsplash
RAMAI ibu risau berat anak tak naik-naik. Dah puas bagi macam-macam suplemen tetap sama. Bab makan kadang anak memilih juga.
Tapi kalau air manis, cepat pula.
Tapi ibu ayah tahu tak, air manis seperti teh atau kopi dan air berperisa lain salah satu faktor anak kurang berat.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian Dietitian, Puan Norhafizah M. Sobri.
ANAK MINUM TEH O BOLEH JADI KURANG BERAT
Satu kes kanak-kanak dirujuk kepada saya sebab kurang berat sehingga sudah sentuh ke garisan merah.
Si abang usia 5 tahun tapi berat baru 10kg. Kerap selsema, demam dan batuk. Boleh dikatakan sekali sebulan mesti ada.
Ibu suri rumah jaga dua orang anaknya, tidak hantar ke taska, maka semua makanan anak-anak akan disediakan di rumah
"Tak tahula Puan, macam-macam saya dah kenalkan, macam-macam resipi saya dah buat tapi last makan 2 -3 suap je’
”Takpe meh kita tengok apa kemungkinan puncanya.”
Sambil sedang korek sejarah diet anak.. tiba-tiba si abang merengek nak balik. Bad mood terpaksa bangun awal ke klinik jumpa doktor.
Ibunya tak nak bagi anaknya merengek keluarkan satu botol susu dari beg kartun abangnya dan bagi abang untuk minum.
Bulat mata saya pandang. Bukan sebab 5 tahun masih minum dalam botol susu, tapi apa yang terkandung dalam botol susu tersebut.
Penuh air teh O…size 10oz penuh sampai atas dengan air tersebut.
"Puan selalu bagi air teh O ke anak?"
”Tak jugak, kadang-kadang saya selang seli dengan air sirap, air Ribena, atau air glukos.
"Risau kalau saya tak bagi air berperisa, lagi tak naik berat badan anak. Dia dah tak minat susu.”
Salah satu punca anak boleh memilih makan atau makan ikut mood adalah sebab air manis.
Mengapa air manis boleh menjadi pencetus picky eater dan berat anak sukar untuk naik?
No.1 - Kandungan zat sangat kurang.
Air manis hanya gula semata-mata. Maka kalori yang datang dari sumber gula sahaja tiada zat lain.
Jika banding dengan satu hidangan susu full cream (1 cawan 240ml) dan teh O, kalori dalam satu cawan susu dua kali ganda lebih tinggi -- 120kcal vs 60kcal.
Bukan tu sahaja. Dalam susu ada lagi pertambahan protein, zat lain seperti kalsium, zat besi yang penting untuk pertumbuhan anak banding dengan teh O yang hanya ada gula.
No.2 - Menggalakkan anak suka rasa manis
Kerap pengambilan air manis akan membuat anak biasa dengan rasa manis, maka makanan lain yang tidak manis akan ditolak tepi seperti nasi, pasta, roti, sayur semua akan ditolak tepi sebab tak rasa manis macam airnya.
Secara tak langsung kita latih anak makan minum manis sahaja.
Kalau makanan sihat dah tolak tepi macam mana nak naik berat?
No.3 - Mengandungi bahan yang halang zat penting diserap
Kopi o, teh o mengandungi kafein yang boleh menghalang zat besi diserap masuk dan akhirnya jadi iron deficiency anemia.
Kekurangan zat besi ini boleh menyebabkan anak kurang selera makan, dan akibat kurang hemoglobin boleh juga dan zat lain sebab tak makan sihat boleh membuat anak senang sakit
Maka mak ayah perlu elak sebolehnya dari pemberian air manis kepada anak dalam bentuk botol atau botol air di mana anak boleh minum tanpa had.
Hadkan pemberian air dan makanan manis. Jika nak beri bagi dalam bentuk semulajadi seperti buah buahan, fresh fruit juice, ais krim buah dan yoghurt, pudding/jelly/agar-agar buah.
Bukan sahaja dapat membantu naikkan selera anak makan tapi pada masa sama memberi zat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan kekuatan imuniti badan.
Untuk pelbagai resipi sihat, mak ayah boleh join group Happy Baby Foods Malaysia di mana resipi yang diberi kepada anak anak adalah dari bahan semulajadi dan bebas gula serta garam tapi sedap.
Kredit: Dietitian Fizah Sobri
Artikel asal terbitan Pa&Ma ini disiarkan di sini.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa dan diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau majlis dianjurkan oleh Pa&Ma. Sertai Telegram Pa&Ma D Parents di https://t.me/pamadparents
#Kanak-kanak #air manis #teh #kopi #diet #anak kurang berat #susu #gula semata-mata #pasta #roti #sayur #nasi #kafein #Yoghurt #pudding #Norhafizah M Sobri
;