Konsep e-sukan boleh diterima, namun ... - Aiman Amri
Asyraf Roslan
Disember 17, 2018 17:34 MYT
Disember 17, 2018 17:34 MYT
Perunding Kesihatan Mental Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Aiman Amri menyatakan bahawa konsep e-sukan boleh diterima namun perlu ada individu yang mampu mengawalnya.
Namun, kesedaran ini juga perlu datang dari diri sendiri.
“Konsep e-sukan ini boleh diterima tetapi kita perlu ada jurulatih kesihatan minda dan ada kesedaran mengenai kesedaran kesihatan kita dan bukan terus tenggelam dalam permainan video," katanya.
Aiman juga berkata walaupun e-sukan ini tidak berkaitan secara kasual dengan permainan video tetapi peningkatan pemain permainan video ini dilihat serius kerana ketagihan kepada permainan video mungkin sama seperti ketagihan kepada dadah.
Ia amat merisaukan kerana ketagihan yang dikenali sebagai “Gaming Disorder” ini membuatkan mereka yang bermain permainan video tidak lagi berfungsi seperti manusia biasa.
Contohnya, sepasang suami isteri yang ketagih kepada permainan video sehingga tidak memberi perhatian dan mengabaikan tingkah laku anak mereka akhirnya mengundang padah terhadap keluarga mereka.
Tonton hujah Aiman dalam 'Debat Awani' berjudul 'E-sukan: Kebaikan dan keburukan, adakah ia perlu diberi kebebasan atau dikawal selia' pada Ahad, jam 5.30 petang di Saluran Astro AWANI (Saluran 501).