Koleksi mampu milik Jovian White untuk bakal pengantin

Asyraf Roslan
Januari 19, 2019 11:55 MYT
Datuk Jovian Mandagie dan Yaya Zahir sebagai Face of Jovian White bergambar selepas melancarkan koleksi pengantinnya baru-baru ini. - Astro AWANI
SIAPA yang tidak inginkan busana yang indah semasa meraikan hari istimewa.
Pemilihan warna yang lembut dan perincian yang simple memberikan busana pengantin rekaan khas Datuk Jovian Mandagie menjadi sesuatu yang sangat cantik dan elegan.
Sepuluh rekaan yang dikeluarkan untuk Jovian White oleh Datuk Jovian Mandagie semuanya bersifat mampu milik.
Menurut Jovian, permintaan yang tinggi membuatkan beliau mengeluarkan koleksi ini bagi memberi peluang kepada peminatnya memiliki pakaian rekaannya untuk dipakai pada hari bahagia.
“Peminat-peminat Jovian mengatakan mereka nak sangat pakai, tetapi terlalu mahal kalau beli di couture. Jadi, sebagai pereka fesyen, ia merupakan tanggungjawab saya untuk membantu mereka untuk kelihatan cantik.
"Jadi, koleksi ini bukan untuk membuat duit, tetapi memberikan peluang kepada bakal pengantin supaya tampak cantik pada hari bahagia,” katanya pada majlis pelancaran koleksi Jovian White di butiknya baru-baru ini.
Di bawah koleksi ini, Jovian menawarkan saiz extra small sehingga extra large dengan harga yang sangat berpatutan, bermula dari RM999 sehingga RM1,499.
Bukan sahaja 10 rekaan busana yang dikeluarkan, tetapi terdapat juga lima rekaan veil istimewa turut diperkenalkan.
Tambah Jovian, pemilihan Yaya Zahir sebagai Face of Jovian White sangat bersesuaian kerana selebriti itu bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi dan auranya sebagai bakal pengantin tetap ada.
Bagi peminat Jovian Mandagie, boleh dapatkan koleksi Jovian White dengan membuat pesanan awal di www.jovian.com.my/shop.
#Busana #fesyen #Jovian Mandagie #Jovian White #Pengantin #Yaya Zahir
;